Sejarah perkembangan parti Malayan Indian congress di tanah Melayu, 1946-1957 / Shanthiah a/p Rajagopal

Shanthiah, Rajagopal (2015) Sejarah perkembangan parti Malayan Indian congress di tanah Melayu, 1946-1957 / Shanthiah a/p Rajagopal. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (46Kb) | Preview
    [img] PDF
    Restricted to Repository staff only

    Download (1696Kb)
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (147Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (148Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (85Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (89Kb) | Preview
              [img] PDF
              Restricted to Repository staff only

              Download (81Kb)
                [img] PDF
                Restricted to Repository staff only

                Download (83Kb)
                  [img] PDF
                  Restricted to Repository staff only

                  Download (147Kb)
                    [img] PDF
                    Restricted to Repository staff only

                    Download (443Kb)
                      [img] PDF
                      Restricted to Repository staff only

                      Download (407Kb)
                        [img] PDF
                        Restricted to Repository staff only

                        Download (412Kb)
                          [img] PDF
                          Restricted to Repository staff only

                          Download (549Kb)
                            [img] PDF
                            Restricted to Repository staff only

                            Download (519Kb)
                              [img] PDF
                              Restricted to Repository staff only

                              Download (418Kb)
                                [img] PDF
                                Restricted to Repository staff only

                                Download (172Kb)
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF
                                  Download (285Kb) | Preview
                                    [img] PDF (Full Text)
                                    Restricted to Repository staff only

                                    Download (492Kb)

                                      Abstract

                                      Tesis ini meneliti peranan dan pengaruh Malayan Indian Congress (MIC) dalam Tanah Melayu dari tahun 1946 hingga 1957. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kronologikal, deskriptif/analitikal. Tesis bermula dengan perbincangan umum mengenai sejarah masyarakat India di Tanah Melayu untuk memberi satu latar belakang kepada kajian sebelum ia menganalisa fasa-fasa perkembangan parti tersebut. Tesis ini dibahagikan kepada tiga komponen penting. Fasa pertama kajian ini meliputi tempoh masa antara tahun 1946 hingga 1950 yang akan membincangkan sejarah pembentukan parti MIC serta respon MIC terhadap rancangan Malayan Union pada tahun 1946 dan polisi memboikot Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Bahagian ini turut membincangkan persaingan di antara MIC, Malayan Indian Association (MIA) dan Federation of Indian Organisations (FIO) untuk menjadi wakil utama masyarakat India di Tanah Melayu. Fasa kedua tesis ini meliputi tempoh masa dari 1951 sehingga 1954 yang meneliti kerjasama MIC dengan Independence of Malaya Party (IMP) di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar untuk menyertai pilihan raya tempatan. Bahagian ini turut merangkumi perbincangan mengenai protest MIC berhubung ketiadaan wakil India dalam Sistem Ahli yang diperkenalkan pada tahun 1951, penglibatan MIC dalam National Conference yang dianjurkan oleh IMP pada tahun 1953 serta tuntutan MIC untuk reserved seats bagi wakil India dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Fasa ketiga meliputi tempoh masa antara tahun 1955 hingga 1957 yang membincangkan peranan MIC dalam beberapa perkembangan politik penting. Ini termasuk gabungan MIC bersama UMNO dan MCA untuk bertanding dalam pilihan raya tempatan dan Persekutuan pada tahun 1954 dan 1955 serta peranan dan penglibatan MIC dalam rundingan kemerdekaan dan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Dengan berpandukan kepada sumber primer, tesis ini mendedahkan bahawa pembentukan MIC berlaku ketika Tanah Melayu berhadapan dengan kemelut politik selepas perang dan juga atas kesedaran beberapa pemimpin India akan keperluan untuk membentuk satu organisasi bersifat kebangsaan bagi mewakili kepentingan masyarakat India. Dokumen parti juga jelas menunjukkan bahawa MIC beralih daripada pendirian bukan perkauman yang diterajuinya sejak peringkat awal untuk menerima kedudukan inter-communal dan ia jelas ternyata melalui kerjasama MIC dengan UMNO dan MCA pada tahun 1954. Berbanding kajian lain sebelum ini, tesis ini jelas menunjukkan bahawa MIC dengan nyata sekali telah memainkan peranan penting dalam mencorak politik Tanah Melayu dalam tempoh masa ini. Secara khususnya, kerjasama MIC dengan UMNO-MCA telah mendorong kepada kemunculan gerakan nasionalis yang teguh dan bersatu dalam bentuk Parti Perikatan yang berjaya memperoleh sokongan daripada tiga kaum utama untuk mendapatkan kemerdekaan lebih awal dari British. Peranan MIC juga signifikan dalam rundingan kemerdekaan dan persetujuan antara kaum seperti yang terkandung dalam perlembagaan Tanah Melayu 1957

                                      Item Type: Thesis (PhD)
                                      Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2015.
                                      Uncontrolled Keywords: Malayan Indian congress; History; Politic; Malaya; Malaysia
                                      Subjects: J Political Science > JC Political theory
                                      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
                                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                      Date Deposited: 01 Dec 2015 15:49
                                      Last Modified: 31 Mar 2017 20:25
                                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5895

                                      Actions (For repository staff only : Login required)

                                      View Item