Modal sosial dan pencapaian pendidikan pelajar desa : kajian kes di empat buah sekolah harian biasa di Kedah Darul Aman / Noraniza binti Yusoff

Yusoff, Noraniza (2015) Modal sosial dan pencapaian pendidikan pelajar desa : kajian kes di empat buah sekolah harian biasa di Kedah Darul Aman / Noraniza binti Yusoff. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (2689b) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (78Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (79Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (231Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF (Full Text)
          Download (100Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (234Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (192Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (233Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (204Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (120Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (202Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (1814Kb) | Preview

                          Abstract

                          Modal sosial adalah berasal dari ikatan perhubungan di kalangan manusia. Antara indikator modal sosial ialah seperti maklumat dan norma yang dapat meningkatkan fungsi individu. Modal sosial juga sering kali dilihat sebagai penunjuk kecekapan sesuatu masyarakat. Ini kerana, sesebuah masyarakat yang dikatakan sihat dan berfungsi didapati mempunyai modal sosial yang lengkap. Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh modal sosial ke atas pencapaian akademik pelajar desa, menilai impak corak modal sosial yang berbeza ke atas pencapaian akademik pelajar desa dan mencadangkan strategi-strategi pemerkasaan modal sosial agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar desa. Kajian melibatkan sekolah-sekolah menengah harian biasa kerajaan di Negeri Kedah yang mempunyai pencapaian pendidikan yang baik dan pencapaian pendidikan yang kurang baik. Kajian ialah penyelidikan asas bertujuan untuk penjelasan ke atas persoalan kenapa modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan masyarakat desa dan persoalan-persoalan kajian lain. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan crosssectional iaitu pengutipan data hanya melibatkan satu titik masa sahaja. Kaedah pengutipan data adalah menggunakan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik. Nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan 81 soalan ialah  = .87. Secara keseluruhan didapati bahawa sebanyak 56.79 peratus nilai corrected item-total correlation bagi item soalan bentuk modal sosial, dimensi modal sosial dan ikatan sosial dalam borang soal selidik semasa ujian rintis memenuhi kriteria kesahan menumpu (convergent validity) minimum yang boleh diterima  = .40 ( > .40). Manakala 43.21 peratus soalan tidak memenuhi kriteria kesahan menumpu minimum yang boleh diterima iaitu kurang dari  = .40. Analisis data yang dijalankan ialah melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menemui bahawa modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan dan memberi kesan atau impak ke atas masyarakat desa. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Bagi kajian masa depan, dicadangkan pengkaji seterusnya menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian bagi tujuan generalisasi. Maklumat dan komunikasi, pendayaupayaan, interaksi sosial, agregat sosial, peranan sosial, ikatan kuat dan nod mempunyai hubungan dengan pencapaian/kecemerlangan pelajar manakala hubungan sosial dan entropi sosial mempunyai hubungan dengan keputusan peperiksaan yang terkini pelajar. Kesimpulannya entropi sosial dan hubungan sosial boleh meramalkan keputusan peperiksaan yang terkini pelajar manakala pendayaupayaan, interaksi sosial, agregat sosial, autoriti sosial dan peranan sosial boleh meramal pencapaian akademik pelajar desa. Bagi kajian masa depan, dicadangkan pengkaji seterusnya menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian bagi tujuan generalisasi. Sumbangan hasil kajian terhadap bidang ilmu Sosiologi ialah berkaitan dengan teori rangkaian iaitu ikatan kuat dan nod (aktor individu dalam rangkaian) mempengaruhi pencapaian akademik, walau bagaimanapun ikatan lemah mempunyai hubungan secara negatif dengan pencapaian pendidikan. Implikasi kepada dasar berkenaan dengan pendidikan ialah hubungan dalam rangkaian yang melibatkan ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya boleh digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik.

                          Item Type: Thesis (PhD)
                          Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Fakulti Sastera dan Sains Sosial, University of Malaya, 2015
                          Uncontrolled Keywords: Modal sosial; Pencapaian; Pendidikan; Pelajar desa; Kajian kes; Sekolah harian biasa; Kedah Darul Aman
                          Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
                          L Education > L Education (General)
                          Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
                          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                          Date Deposited: 15 Sep 2015 11:21
                          Last Modified: 15 Sep 2015 11:21
                          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5910

                          Actions (For repository staff only : Login required)

                          View Item