Akhlak guru besar sekolah rendah Islam di Malang Indonesia / Triyo Supriyatno

Supriyatno, Triyo (2015) Akhlak guru besar sekolah rendah Islam di Malang Indonesia / Triyo Supriyatno. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (163Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (89Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (155Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (186Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1562Kb) | Preview

            Abstract

            Kajian kes ini tertumpu pada kefahaman, penghayatan dan pengalaman akhlak guru besar sekolah rendah Islam di Malang Indonesia, bagaimana guru besar memperlihatkan akhlak serta proses menjalankan akhlak semasa di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kualitatif. Empat orang guru besar sekolah rendah Islam yang terdiri daripada tiga orang guru besar berasal daripada Bandar Malang dan satu orang berasal daripada luar Bandar Malang telah dipilih sebagai sampel kajian. Pengutipan data telah dijalankan selama sembilan bulan. Pemerhatian tidak turut serta (non participant observation), temu bual tidak berstruktur (unstructured interview), analisis dokumen dan jurnal guru besar merupakan metod yang digunakan bagi meneroka pemahaman akhlak guru besar sekolah rendah Islam semasa di sekolah. Analisis data kualitatif digunakan dalam proses penganalisaan data bagi mengenal pasti kod dan menghasilkan tema yang menjawab soalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan tiga tema besar iaitu kefahaman, penghayatan dan pengalaman yang telah dijalankan oleh guru besar dalam hal akhlak sebagai berikut. Kefahaman akhlak guru besar iaitu hubung kait kefahaman dan amalan, Akhlak mahmudah sesuai al-quran dan as-sunah, akhlak mazmumah berselisih dengan al-quran dan as-sunah. Amalan akhlak yang telah ditekankan adalah menghargai jasa kebaikan orang lain, sopan santun, bersedekah, keprihatinan kepada fakir miskin, kebersihan, disiplin dan kejujuran. Adapun proses pemerolehan kefahaman dalam menjalankan amalan akhlak iaitu pembiasaan; reasoning, research, dan religiosity; dan pengembangan minda. Sedang proses mempertingkatkan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak mazmumah iaitu melazimi amalan kebaikan, muraqabah, mujahadah, tazkiyah al-nafs, bersahabat dengan orang baik, pembacaan al-quran, dan pegangan agama yang mantap. Namun belum tampak hubung kait antara iman dan akhlak seperti mana diasaskan oleh al-Ghazali. Penghayatan akhlak guru besar iaitu sudah menampakkan aspek penghayatan berupa muraqabah seperti ibadah solat, mengaji al-quran dan lainnya, muhasabah seperti menyedari kesilapan dan lainnya. Pengalaman akhlak guru besar iaitu pemberian pengalaman akhlak guru besar melalui mujahadah, tunjuk cara, uswah hasanah (teladan). Hasil keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa pemahaman, penghayatan, dan pengalaman yang ditunjukkan oleh guru besar tidak bersifat bersepadu, seperti yang dikonsepsikan dan dianjurkan oleh al-Ghazali. Implikasi kajian ini menunjukkan guru besar perlu mempertingkatkan pemahaman, penghayatan dan pengalamannya untuk memperkembangkan nilai-nilai akhlaq dalam kalangan pengikut serta mempertingkatkan kompetensi keperibadian dan sosialnya berasaskan nilai-nilai ajaran Islam yang dimilikinya. Selain itu, kaedah penilaian berasaskan kepada nilai-nilai akhlaq dalam peperiksaan guru besar daripada kerajaan dan swasta perlu diubah suai kerana kompetensi keperibadian dan sosial guru besar perlu dipupuk dan dikembangkan secara holistik. Latihan profesional yang sesuai dengan pemupukan nilai-nilai akhlaq dalam kalangan guru besar semasa penyediaan, latihan dan penyeleksian asas kepengetuaan juga diperlukan. Akhir sekali, pendekatan bersepadu dan interaktif dicadangkan untuk memberi penekanan kepada pembinaan nilai-nilai akhlaq secara holistik dalam kalangan guru besar. Ini akan memberi peluang kepada guru besar terlibat dalam kepemimpinan melalui pengalaman (experiential leadership) bagi memupuk dan membangunkan pengalaman yang relevan, di samping menimba ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran hidup semasa dan masa hadapan sekolah Islam mereka.

            Item Type: Thesis (PhD)
            Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Education, University of Malaya, 2015
            Uncontrolled Keywords: Akhlak; Guru besar; Sekolah rendah Islam; Malang; Indonesia
            Subjects: L Education > L Education (General)
            L Education > LB Theory and practice of education
            Divisions: Faculty of Education
            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
            Date Deposited: 02 Oct 2015 11:19
            Last Modified: 02 Oct 2015 11:19
            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5926

            Actions (For repository staff only : Login required)

            View Item