Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam : kajian terhadap adat dan kepercayaan masyarakat Kedayan / Ros Aiza Mohd Mokhtar

Mohd Mokhtar, Ros Aiza (2015) Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam : kajian terhadap adat dan kepercayaan masyarakat Kedayan / Ros Aiza Mohd Mokhtar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (125Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (3896Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep sinkretisme dari perspektif Barat dan Islam, fenomena sinkretisme dalam adat dan kepercayaan tradisi masyarakat Kedayan dan perspektif Islam mengenainya serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah metode campuran yang terdiri daripada pendekatan kualitatif iaitu etnografi dan pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah kepustakaan, pemerhatian ikut serta, temubual informan terpilih dan pengedaran soal selidik. Kajian kepustakaan penting bagi membentuk kerangka konsep iaitu menjelaskan sinkretisme dari sudut pandang Islam dengan mengemukakan dalil dan pandangan pemikir Islam. Pada dasarnya sinkretisme tidak dibenarkan oleh Islam, namun dalam konteks adat tradisi masyarakat, ia merupakan proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan pada peringkat awal memeluk Islam. Dapatan kualitatif menunjukkan masyarakat yang dikaji iaitu masyarakat Kedayan telah berusaha memurnikan atau menyesuaikan adat dan kepercayaan yang mereka warisi secara turun-temurun dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, masih terdapat saki baki sinkretisme khususnya dalam persepsi atau tanggapan mereka terhadap sesuatu adat tradisi yang lazimnya masih dipengaruhi oleh kepercayaan dinamisme-animisme. Manakala dapatan kuantitatif membuktikan wujudnya hubungan yang tinggi antara tanggapan terhadap amalan tradisi, norma subjektif dan keinginan mereka mengamalkan amalan tradisi tersebut. Dalam pada itu, skor min bagi keinginan mengamalkan adat tradisi yang berkemungkinan masih mengandungi saki baki sinkretisme adalah lebih rendah daripada skor min bagi keinginan mengamalkan adat tradisi yang telah dimurnikan agar selari dengan ajaran Islam. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara tanggapan serta keinginan mengamalkan adat tradisi dengan latar belakang masyarakat seperti umur, tahap pendidikan, pekerjaan serta taraf ekonomi dan lain-lain. Dalam hal ini, pengkaji cenderung mengatakan golongan yang lebih muda, berpendidikan lebih baik serta mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik, kurang bersetuju dengan tanggapan umum terhadap sebahagian amalan tradisi yang dikhuatiri masih mengandungi saki baki sinkretisme. Lantaran itu, mereka kurang berminat meneruskan amalan tradisi tersebut kerana dikhuatiri ia akan menjejaskan keimanan mereka. Dengan itu, kajian ini mencadangkan saki baki tanggapan atau persepsi yang berunsur sinkretisme dimurnikan agar adat tradisi masyarakat boleh diteruskan oleh masyarakat. Kajian ini menyumbang kepada pengkonsepan sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat dari perspektif Islam serta kajian fenomena sinkretisme dalam masyarakat Islam. Dapatan kajian dapat memberi informasi kepada agensi kerajaan dan institusi agama sesuai dengan peranan mereka yang mempromosi adat dan budaya tempatan tetapi dalam masa yang sama bertanggung jawab memantau tanggapan atau persepsi dan amalan adat tradisi agar selari dengan ajaran Islam.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
      Uncontrolled Keywords: Sinkretisme; Islam; Adat; Kepercayaan; Masyarakat; Kedayan
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 07 Oct 2015 11:08
      Last Modified: 07 Oct 2015 11:08
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5953

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item