Hadhf dan ithbat al-alif dalam ilmu Rasm Uthmani : kajian terhadap tiga Mushaf terpilih / Ahmad Baha' bin Mokhtar

Mokhtar, Ahmad Baha' (2015) Hadhf dan ithbat al-alif dalam ilmu Rasm Uthmani : kajian terhadap tiga Mushaf terpilih / Ahmad Baha' bin Mokhtar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4069Kb) | Preview

    Abstract

    Tesis ini membincangkan pelaksanaan kaedah hadhf dan ithbat alif dalam ilmu Rasm ÑUthmÉni. Perbincangan memfokuskan praktik pelaksanaan hadhf dan ithbat alif dalam penulisan tiga mushaf Rasm ÑUthmÉni terpilih iaitu Mushaf Madinah Riwayat Hafs, Mushaf al-Muhammadi al-Sharif Riwayat Warsh dan Mushaf al-Jamahiriyyah Riwayat Qalun, di samping meneliti sejauh manakah persamaan dan perbezaan pelaksanaan hadhf dan ithbat alif dalam tiga mushaf tersebut dan adakah perbezaan antara dalam ketiga-tiga mushaf ini boleh menjejaskan kedudukannya sebagai mushaf Rasm Uthmani. Persoalan-persoalan ini dianalisis dalam satu kajian bersifat kualitatif menerusi pengumpulan data berasaskan metode dokumentasi. Pemilihan tiga mushaf ini sebagai sampel kajian adalah kerana metodologi dan sumber rujukan penulisan mushaf-mushaf tersebut jelas. Selain itu, ketiga-tiga mushaf terpilih adalah menjadi sumber rujukan utama dalam kajian penulisan mushaf Rasm Uthmani. Objektif kajian ini adalah untuk mencari punca dan sebab perbezaan kaedah hadhf dan ithbat alif dalam penulisan mushaf-mushaf Rasm ÑUthmÉni yang ada pada hari ini. Antara dapatan penting kajian ialah penulisan tiga mushaf Rasm Uthmani terpilih telah mematuhi kaedah-kaedah hadhf dan ithbat alif dalam ilmu Rasm Uthmani dengan berpandukan kepada riwayat-riwayat ulama ilmu Rasm. Manakala perbezaan hadhf dan ithbat alif yang berlaku antara tiga mushaf tersebut adalah kerana perbezaan metode di dalam perlaksanaannya. Justeru diyakini bahawa kaedah hadhf dan ithbat alif yang diguna pakai di dalam penulisan tiga mushaf terpilih secara keseluruhannya telah menepati Rasm Mushaf yang ditulis pada zaman ʻUthman bin ʻAffan (r.a.).

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Hadhf; Ithbat al-alif; Rasm Uthmani; Mushaf
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 07 Oct 2015 10:56
    Last Modified: 07 Oct 2015 10:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5955

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item