Reka bentuk kurikulum Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk golongan pekak bagi Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) / Syar Meeze bin Mohd Rashid

Mohd Rashid, Syar Meeze (2015) Reka bentuk kurikulum Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk golongan pekak bagi Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) / Syar Meeze bin Mohd Rashid. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (4Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (360Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (328Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (589Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (313Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (583Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (241Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (225Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (219Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF (Full Text)
                      Download (333Kb) | Preview

                        Abstract

                        Bahasa Isyarat merupakan satu bahasa dan bentuk komunikasi yang digunakan oleh komuniti pekak. Di Malaysia bahasa isyarat yang digunakan adalah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Penggunaan BIM di dalam pengajaran Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) kepada golongan pekak amat penting supaya pengajaran dapat disampaikan dengan lebih baik dan berkesan. Terdapat dua isu yang berkaitan pembelajaran PAFA kepada golongan pekak iaitu kekurangan bahasa isyarat di dalam termonologi Islam dan ketiadaan kurikulum BIM untuk golongan pekak bagi PAFA. Antara rasional di dalam kajian ini ialah BIM perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PAFA kepada golongan pekak. Selain itu, suatu bentuk kurikulum khas di dalam pengajaran BIM untuk PAFA perlu diadakan supaya dapat meningkatkan kemahiran individu yang mengajar PAFA kepada golongan pekak. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk kurikulum BIM untuk golongan pekak bagi PAFA. Antara objektif di dalam kajian ini ialah mereka bentuk objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran dan bentuk penilaian BIM untuk golongan pekak bagi PAFA mengikut kesepakatan pakar. Teknik fuzzy delphi digunakan bagi mendapatkan konsensus pakar dengan mengedarkan instrumen kepada 30 orang pakar yang dipilih daripada pelbagai bidang dan latar belakang bagi menjawab persoalan kajian. Instrumen terdiri daripada empat bahagian merangkumi 28 item bagi mendapatkan konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada bahagian objektif majoriti pakar bersetuju bahawa kurikulum BIM untuk golongan pekak bagi PAFA dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan golongan pekak terhadap PAFA dengan menggunakan BIM sebagai alat komunikasi utama serta dapat menarik minat golongan pekak mempelajari PAFA dengan lebih baik dan berkesan (nilai deffuzzificaton : 0.72). Manakala bagi bahagian isi kandungan pula, lima item di dalam isi kandungan yang menjadi keutamaan dan persetujuan majoriti pakar iaitu bahasa isyarat yang berkaitan lafaz syahadah, rukun iman dan rukun islam, bersuci, aurat dan solat (nilai deffuzification : 0.767). Seterusnya, pada bahagian aktiviti pembelajaran majoriti pakar bersetuju bahawa aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan visual perlu menjadi keutamaan di dalam reka bentuk kurikulum ini (nilai deffuzification : 0.78). Pada bahagian bentuk penilaian pula, majoriti pakar bersetuju bahawa bentuk ujian ekspresif dan reseptif adalah bentuk ujian yang perlu menjadi keutamaan (nilai deffuzification: 0.74). Keseluruhannya, kesepakatan pakar adalah “sangat bersetuju” dengan reka bentuk kurikulum BIM untuk golongan pekak bagi PAFA.

                        Item Type: Thesis (Masters)
                        Additional Information: Dissertation (M.Phil.) -- Institute of Graduate Studies, University of Malaya, 2015
                        Uncontrolled Keywords: Reka bentuk kurikulum; Bahasa Isyarat Malaysia (BIM); Golongan pekak; Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
                        Subjects: L Education > L Education (General)
                        L Education > LB Theory and practice of education
                        L Education > LC Special aspects of education
                        Divisions: Institute of Graduate Studies
                        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                        Date Deposited: 07 Oct 2015 15:49
                        Last Modified: 07 Oct 2015 15:49
                        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5959

                        Actions (For repository staff only : Login required)

                        View Item