Pembelajaran kata hubung bahasa Jepun di kalangan pelajar Indonesia dan Malaysia / Rani Arfianty

Arfianty, Rani (2015) Pembelajaran kata hubung bahasa Jepun di kalangan pelajar Indonesia dan Malaysia / Rani Arfianty. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (31Kb) | Preview
    [img] PDF
    Restricted to Repository staff only

    Download (10Kb)
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (162Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (81Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (177Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (85Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (83Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (19Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (4Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (344Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (335Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (39Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (1597Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (987Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (53Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF
                                Download (109Kb) | Preview
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF
                                  Download (136Kb) | Preview
                                    [img]
                                    Preview
                                    PDF
                                    Download (157Kb) | Preview
                                      [img]
                                      Preview
                                      PDF
                                      Download (144Kb) | Preview
                                        [img]
                                        Preview
                                        PDF
                                        Download (233Kb) | Preview
                                          [img]
                                          Preview
                                          PDF (Full Text)
                                          Download (104Kb) | Preview

                                            Abstract

                                            Kajian ini merupakan analisis perbandingan pembelajaran kata hubung bahasa Jepun, ~tekara (selepas), ~toki (ketika) dan ~tara (jika/bila) antara pelajar bahasa Jepun Indonesia (PBJI) dan pelajar bahasa Jepun Malaysia (PBJM). Kata hubung ~tara sebagai kata hubung bersyarat juga mempunyai makna ‘selepas’ dan ‘ketika’, tetapi peraturan penggunaannya berbeza dengan ~tekara dan ~toki. Penggunaan ‘selepas’ [~tekara], ‘ketika’ [~toki] dan ‘jika/bila’ [~tara] dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu juga tiada peraturan khusus selain daripada penggunaan dalam bentuk aspek. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan pelajar dalam memahami perbezaan penggunaan ~tekara, ~toki dan ~tara dan apakah terdapat sebarang perbezaan dalam kalangan pelajar Indonesia dan Malaysia dalam memahami konteks kata hubung berikut. Data kajian adalah hasil daripada hasil soal selidik, soalan objektif dan penyelesaian ayat oleh dua kumpulan pelajar, iaitu pelajar daripada Departemen Sastra Jepang, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara dan pelajar daripada Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ), Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya pada tahap pembelajaran bahasa Jepun N3~N5. Dapatan kajian soal selidik Bahagian I (soalan objektif) menunjukkan bahawa lebih daripada 40% pelajar Indonesia dan Malaysia menunjukkan kekeliruan mengenal pasti penggunaan ~tekara dan ~tara. Manakala hampir 30% daripada pelajar Indonesia dan Malaysia keliru mengenal pasti ~toki dan ~tara. Seterusnya, dapatan kajian Bahagian II (soalan penyelesaian ayat) menunjukkan lebih daripada 50% pelajar Indonesia gagal untuk melengkapkan ayat ~tekara, ~toki dan ~tara, manakala 51% pelajar Malaysia gagal untuk melengkapkan ayat ~toki dan lebih dari 30% gagal untuk melengkapkan ayat ~tekara dan ~tara sesuai dengan nahu dan peraturan penggunaannya. Kedua kumpulan pelajar didapati keliru mengenal pasti penggunaan ~tekara, ~toki dan ~tara dan menghasilkan ayat yang merujuk kepada penggunaan kata hubung ~kara (kerana), ~nagara (sambil) dan ~mae ni (sebelum). Antara punca berlakunya kesilapan adalah kerana pelajar; i) cenderung menterjemahkan soalan-soalan dalam ujian ini ke dalam bahasa ibunda dan mengabaikan peraturan penggunaan ~tekara, ~toki dan ~tara yang tepat, ii) kurang faham mengenai peraturan penggunaan ketiga-tiga kata hubung yang bersesuaian dengan nahunya, dan iii) kurang teliti dan cuai ketika membaca soalan ujian yang disediakan.

                                            Item Type: Thesis (Masters)
                                            Additional Information: Dissertation (M.Phil.) -- Institute of Graduate Studies, University of Malaya, 2015
                                            Uncontrolled Keywords: Kata hubung; Bahasa Jepun; Pelajar Indonesia; Pelajar Malaysia
                                            Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
                                            Divisions: Institute of Graduate Studies
                                            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                            Date Deposited: 21 Nov 2015 12:18
                                            Last Modified: 21 Nov 2015 12:18
                                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5962

                                            Actions (For repository staff only : Login required)

                                            View Item