Pusing ganti pekerja di Jurukur Perunding Services Sdn Bhd, Puchong, Selangor / Nor Azlina binti Abd Rahim

Abd Rahim, Nor Azlina (2015) Pusing ganti pekerja di Jurukur Perunding Services Sdn Bhd, Puchong, Selangor / Nor Azlina binti Abd Rahim. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (5Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (225Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (863Kb) | Preview

        Abstract

        Pusing ganti pekerja merupakan satu proses pertukaran pekerja dari satu organisasi ke organisasi lain. Terdapat perkaitan antara pusing ganti pekerja dengan kepuasan kerja di dalam organisasi. Keghairahan organisasi dalam menjayakan visi dan misi organisasi ada ketikanya organisasi alpa akan sumber yang paling bernilai iaitu manusia/pekerja. Kealpaan ini boleh mengundang pelbagai masalah kepada organisasi seperti masalah pusing ganti pekerja, ketidakhadiran dan ketidakpuasan kerja. Tidak dinafikan bahawa masalah pusing ganti pekerja memang merugikan sesebuah organisasi. Peningkatan kos pengambilan dan latihan pekerja bagi sesebuah organisasi akan meningkat dengan banyaknya, malah masa juga akan terbuang begitu sahaja. Pengukuran dan analisis kadar pusing ganti pekerja dibuat berdasarkan tahun 2013 hingga 2014. Pelbagai data dikumpul bagi menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada pusing ganti serta menilai kesannya pada organisasi dalam masa dua tahun. Metodologi utama yang digunakan dalam kajian ini adalah penggunaan data sekunder di mana semua maklumat diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia Jurukur Perunding Services Sdn Bhd. Pengggunaan data primer juga digunapakai iaitu borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 60 orang responden serta sesi temubual dengan pengurus operasi serta bekas pekerja. Kajian yang telah dijalankan mendapati kadar pusing ganti di Jurukur Perunding Services Sdn Bhd adalah pada tahun 2013 sebanyak 32 peratus dan pada tahun 2014 pula adalah sebanyak 37.9 peratus. Antara faktor-faktor utama yang menyumbang ke arah pusing ganti tersebut ialah pembayaran gaji yang tidak memenuhi kehendak pekerja, keadaan tugasan iaitu tekanan daripada kekurangan tenaga kerja dan bebanan kerja yang banyak, kepimpinan dan penyeliaan yang kurang cekap dan juga kekurangan latihan atau kursus kemahiran dan motivasi. Kajian mencadangkan penstrukturan semula pembayaran gaji, menitikberatkan kebajikan pekerja, memperbaiki tahap pengurusan kerja melalui latihan dan motivasi dan cadangan yang paling penting sekali ialah penambahbaikan tugas dan komunikasi pengurus/penyelia untuk menggelakkan berlakunya pusing ganti pekerja di masa hadapan.

        Item Type: Thesis (Other)
        Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
        Uncontrolled Keywords: Pusing ganti pekerja; Jurukur Perunding Services Sdn Bhd; Puchong; Selangor
        Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
        H Social Sciences > HF Commerce
        Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 25 Nov 2015 13:45
        Last Modified: 25 Nov 2015 13:45
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5976

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item