Syarafina Kaur, Abdullah (2015) Cabaran pelajar dewasa di UMCCed Kuala Lumpur / Syarafina Kaur Abdullah. Other thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Didapati setiap kali semester baru bermula di UMCCed bilangan pelajar di dalam kelas makin berkurangan. Ini adalah kerana sebagai pelajar dewasa mereka menghadapi cabaran-cabaran tertentu dan harus mengutamakan tanggungjawab lain lagi. Fenomena ini tidak sihat dan memberikan impak kepada saranan kerajaan dalam kejayaan pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif utama kajian adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor cabaran yang membantutkan niat pelajar untuk menamatkan pengajian dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan cabaran ini sekiranya ianya mustahil untuk dihapuskan sama sekali. Kajian dijalankan dengan maklum balas dari borang soal selidik dan temu bual dengan sebilangan responden. Hasil kajian mendapati cabaran yang dihadapi adalah berpunca dari kekangan masa yang melibatkan tanggungjawab kehidupan lain, kesukaran membahagi masa serta sedikit ketidakcekapan pentadbiran menyumbang kepada kegagalan sesetengah pelajar menamatkan pengajian. Kajian mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan cabaran dan membantu para pelajar di antaranya menggunakan kemudahan teknologi seperti e-learning bagi pelajar yang tercicir kelas dan penggunaan emel sebagai medium makluman. Sokongan rakan dan pentadbiran juga harus pertingkatkan dan merapatkan jurang yang sedia ada melalui hari suai kenal. Jadual kelas juga disarankan untuk sedikit pengubahsuaian. Selain itu disarankan juga untuk pihak pentadbiran bersikap lebih bertolenrasi terhadap mereka yang menghadapi masalah kewangan dan memberikan sedikit kelonggaran bagi menduduki peperiksaan.
Actions (For repository staff only : Login required)