Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kaunter di Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh / Nurul Fareha Ahmad Khairon

Nurul Fareha, Ahmad Khairon (2015) Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kaunter di Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh / Nurul Fareha Ahmad Khairon. Other thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Exec. Diploma)
Download (1411Kb) | Preview

    Abstract

    Tajuk kertas kajian ini ialah Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Kaunter Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh. Terdapat enam bahagian dalam kertas projek ini iaitu:- 1. Pengenalan 2. Latar Belakang Kajian 3. Tinjauan Teori Dan Penemuan Lepas. 4. Kaedah Kajian 5. Analisis Kajian 6. Cadangan dan Kesimpulan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, secara keseluruhannya, tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran di Kaunter Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh berada pada tahap yang baik. Faktor-faktor penyumbang kepada pencapaian ini dapat disimpulkan bahawa maklumat-maklumat yang terdapat di ruang kaunter sangat berguna adalah sebanyak 80%, ruang menunggu yang selesa dan kemudahan yang mencukupi di kaunter adalah sebanyak 75% bagi setiap satu, diikuti 68.3% petugas kaunter mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa berurusan dengan pelanggan serta 66.7% bagi petugas kaunter memberi maklumat dan penjelasan yang tepat seperti yang dikehendaki oleh pelanggan dan waktu berurusan adalah sesuai dan mencukupi. Walau bagaimanapun, tahap kepuasan kurang memuaskan yang paling tinggi adalah sebanyak 23.3% bagi bilangan petugas kaunter yang bertugas mencukupi. Justeru itu, penyelidik menyenaraikan beberapa cadangan bagi penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter di unit tersebut antaranya menyediakan jadual perancangan, membuka lebih banyak kaunter pada waktu puncak, menghantar pekerja menyertai kursus kemahiran, member taklimat dan maklumat terkini kepada pegawai bertugas dan menhadakan Hari Bertemu Pelanggan.

    Item Type: Thesis (Other)
    Additional Information: Research Report (Exec. Dip.) - Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed), Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Kepuasan pelanggan; Perkhidmatan kaunter; Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 25 Nov 2015 15:40
    Last Modified: 25 Nov 2021 03:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5979

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item