Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Lembah Klang: Kajian kaedah dan keberkesanannya / Mustapha Kamal Ahmad Kassim

Mustapha Kamal, Ahmad Kassim (2015) Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Lembah Klang: Kajian kaedah dan keberkesanannya / Mustapha Kamal Ahmad Kassim. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2986Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini menyelidik pelaksanaan pengajaran Tamadun Islam di IPGM di Lembah Klang. Terdapat empat objektif utama kajian ini iaitu isi kandungan sukatan pelajaran Tamadun Islam, kaedah yang digunakan dalam proses P&P, hasil pencapaian pelajar dan masalah yang dihadapi pelajar dalam kursus Tamadun Islam. Penyelidik menggunakan reka bentuk kualitatif untuk mendapatkan data dengan menemu bual peserta kajian iaitu seramai lapan orang pensyarah Tamadun Islam, menjalankan pemerhatian dan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini dilaksanakan di empat buah IPGM dalam Lembah Klang iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Teknik dan IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Data kualitatif yang diperolehi oleh pengkaji telah dianalisis menggunakan perisian program QSR Nvivo 8. Hal ini bertujuan untuk menjawab keempat-empat objektif kajian yang dinyatakan sebelum ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa isi kandungan Tamadun Islam yang diajar mempunyai objektif yang jelas, dan menambah pengetahuan. Seterusnya kaedah yang digunakan oleh pensyarah adalah bersesuaian dan berkesan, mempelbagaikan kaedah dan pelaksanaannya adalah lancar berdasarkan kepakaran dan kemahiran para pensyarah. Manakala hasil pembelajaran pula para pelajar berpuas hati dan ia dapat memberi beberapa perubahan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Masalah kajian pula yang dikenal pasti ialah dari aspek masa, jadual waktu, pensyarah, pelajar dan sumber rujukan. Sebagai kesimpulan dapatan kajian ini, penyelidik mengemukakan cadangan lanjutan bagi membantu pihak yang terlibat dalam proses P&P Tamadun Islam di IPGM iaitu pensyarah Tamadun Islam di IPG, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di setiap IPG, pentadbir di setiap IPG, Institut Pendidikan Guru Kampus Induk, Bahagian Pendidikan Guru serta pelajar KPLI SR agar dapat meningkatkan pelaksanaan pengajaran Tamadun Islam di IPG.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Pengajaran; Pembelajaran; Tamadun Islam; Institut Pendidikan Guru Malaysia; Lembah Klang
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    L Education > L Education (General)
    L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 12 Nov 2015 09:48
    Last Modified: 25 Nov 2021 03:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5987

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item