Traffic accidents and their liability in Iraqi law : an analytical study from fiqh perspective / Awat Mohammed Agha

Agha, Awat Mohammed (2015) Traffic accidents and their liability in Iraqi law : an analytical study from fiqh perspective / Awat Mohammed Agha. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji insiden kemalangan jalanraya yang berlaku di Kurdistan, Iraq dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya di dalam undang-undang Iraq dan undang-undang Islam. Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, kemalangan jalanraya adalah meningkat. Ini menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada tidak berjaya mencegah atau mengurangkan kemalangan daripada berlaku. Kajian ini akan menfokuskan kepada sebab-sebab kemalangan dan kesan-kesannya pada tanggungjawab jenayah dan tanggungjawab sosisal daripada sudut perundangan dan fiqh. Dalam menjalankan kajian ini, dua metode telah digunakan iaitu metode pengumpulan data dan metode analisis data. Dalam metode pengumpulan data, kajian lapangan seperti wawancara bersama hakim, pengguna jalanraya dan syarikat insurans telah dijalankan bagi memperolehi maklumat yang berkaitan. Dalam metode analisis data pula, metode deskriptif, metode deduktif, metode induktif dan metode komparatif telah digunakan. Metode komparatif digunakan dengan meneliti teks-teks yang berkaitan dengan kajian dalam peruntukan undang-undang dan kitab-kitab fiqh bagi mengetahui titik persamaan dan perbezaan dalam kesalahan berkaitan jenayah jalanraya dan kesan yang timbul daripadanya sama ada berbentuk tanggungjawab jenayah seperti hukuman atau tanggungjawab sosial sepeti ganti rugi dan jaminan. Dapatan kajian mendapati bahawa dari sudut perundangan dan fiqh, terdapat perbezaan berkenaan dengan jenayah jalanraya dan kesan-kesan tanggungjawab jenayah dan tanggungjawab sosial yang timbul. Dalam tanggungjawab jenayah, hukuman yang digunakan adalah berbentuk asliyyah, tab‘iyyah dan badaliyyah. Hukuman berbentuk asliyyah adalah hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang seperti hukuman penjara, hukuman gantirugi, dan kadang kala hukuman tersebut berlaku kedua-duanya sekali. Namun, dari sudut fiqh, hukuman adalah berbentuk kafarah dan jaminan bagi kesalahan yang melibatkan pembunuhan, kecederaan dan kesakitan. Berpandukan kepada hukuman dalam perundangan, didapati bahawa ia tidak menepati tujuan dan tidak mengurangkan kadar kemalangan jalanraya selagimana terdapat elemen belas kasihan pada pelaksanaannya yang menyebabkan hukum tersebut tidak dapat dilaksanakan. Ini memerlukan kepada langkah pencegahan dan langkah perlindungan. Antara langkah pencegahan ialah memfokuskan kepada perkhidmatan penambahbaikan jalan raya, pembinaan jambatan dan sebagainya. Antara langkah perlindungan adalah seperti menarik balik lesen dan mengulangi pengambilan kursus-kursus berkaitan dengan kesedaran lalulintas. Hukuman tab’iyyah dalam perundangan tidak menerangkan berkaitan dengan pengharaman pembunuh dalam mewarisi harta pewarisan dan wasiat. Ini berbeza dengan hukum fiqh yang menerangkan pembunuhan yang dilakukan secara tidak sengaja tidak diharamkan mewarisi harta dan wasiat pada pandangan yang rajih dalam kalangan fuqaha. Dalam tanggungjawab sosial, fiqh menggunakan istillah jaminan gantirugi sebagai hukuman. Namun, dalam perundangan, gantirugi tidak dilihat sebagai hukuman. Ini berbeza dengan hukum fiqh dimana jaminan hukuman kenakan ke atas penjenayah dan jaminan gantirugi diberikan kepada mangsa. Dalam perundangan tiada peletakan kadar gantirugi yang ditetapkan tetapi menyerahkannya kepada ketetapan hakim. Ini berbeza dengan fiqh yang menerangkan berkaitan dengan jaminan bagi setiap jenayah pembunuhan dan jenayah yang melibatkan kecederaan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Traffic accidents; Liability; Iraqi law; Fiqh perspective
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 12 Nov 2015 09:22
    Last Modified: 12 Nov 2015 09:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5991

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item