Pemerolehan leksikal Bahasa Jepun melalui penceritaan digital / Norhana binti Md. Salleh

Md. Salleh, Norhana (2015) Pemerolehan leksikal Bahasa Jepun melalui penceritaan digital / Norhana binti Md. Salleh. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2420Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji proses pemerolehan leksikal bahasa Jepun melalui Penceritaan Digital (Digital Storytelling). Penceritaan Digital merupakan kaedah mencipta dan menyampaikan cerita dengan menggunakan peralatan teknologi. Matlamat kajian ialah untuk mengenalpasti kategori golongan kata (leksikal) yang terhasil dan menganalisis proses pemerolehan leksikal ketika pembikinan Penceritaan Digital. Seramai 9 orang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun sebagai subjek elektif dipilih menjadi sampel kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dan pendekatan ‘Social Constructivist’ serta mengambil kira konsep kata (leksikal) bahasa Jepun oleh Tomita, (1996); Thaiyibah Sulaiman & Kami, (1997); Iori et al, (2000) dan juga proses pembikinan Penceritaan Digital Teehan (2006). Data dikumpul melalui pemerhatian, rakaman audio dan data teks hasil kerja pelajar (Pemetaan Konsep, Papan Cerita, Skrip Naratif, Penyuntingan). Hasil dapatan iaitu lapan kategori golongan kata dalam kelompok kata bebas jiritsugo, hanya terdapat tujuh kategori golongan kata (leksikal) yang telah digunakan oleh subjek. Kategori golongan kata (leksikal) yang paling banyak digunakan ialah kata nama, kata seruan merupakan kategori golongan kata (leksikal) tidak terhasil langsung. Selain itu, penemuan baru dalam sistem pembelajaran dan pengajaran melalui Penceritaan Digital membolehkan pendekatan TPCK dapat dijalankan bagi mengatasi masalah penguasaan bahasa Jepun terutamanya leksikal. Kata Kunci: Penceritaan Digital, Pemerolehan leksikal bahasa Jepun, Social Construktivist, Kata nama , Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK).

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Penceritaan Digital; Pemerolehan leksikal bahasa Jepun; Social Construktivist; Kata nama; Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK)
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 Nov 2015 17:28
    Last Modified: 20 Nov 2015 17:28
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6000

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item