Strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UITM / Norazmi bin Hasan

Hasan, Norazmi (2015) Strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UITM / Norazmi bin Hasan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (108Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (77Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (685Kb) | Preview

        Abstract

        Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa yang tidak asing dan di antara bahasa pilihan elektif wajib di UiTM. Ia telah diperkenalkan di universiti sejak tahun 70an. Ia juga telah menjadi salah satu keperluan universiti kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Am/Kepujian mulai Jun 1999. Walau bagaimanapun, majoriti pelajar gagal menguasai bahasa ini dengan baik setelah tamat kursus. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UiTM. Untuk menguasai satu bahasa itu, pemerolehan, penyimpanan, memori dan penggunaan maklumat itu sangat penting. Ianya berkait rapat dengan penggunaan strategi pembelajaran seseorang agar pembelajaran lebih mudah, cepat, efektif dan boleh diaplikasikan kepada sesuatu keadaan yang baharu. Skop kajian ialah pelajar-pelajar yang mengambil kursus elektif wajib Bahasa Jepun tahap III dimana mereka telah mempelajari bahasa ini selama dua semester. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data ke atas 100 orang pelajar. Soal selidik dalam kajian ini diadaptasi dari “Strategi Inventory for Language Learning” (Oxford, 1990) dan olahan soal selidik dalam kajian Habibah (2010) yang bertajuk “Strategi Pembelajaran dan kaitannya dengan Pencapaian dan Motivasi Pelajar Bahasa Jepun”. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti strategi pembelajaran Bahasa Jepun, jenis strategi yang dipilih, mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dalam jurusan yang berbeza dan faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi dan seterusnya dihuraikan secara terperinci.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.M.L.S.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
        Uncontrolled Keywords: Strategi pembelajaran; Bahasa Jepun; Pelajar UITM
        Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
        P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
        Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 20 Nov 2015 17:17
        Last Modified: 20 Nov 2015 17:17
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6003

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item