Analisis pembentukan leksis kata majmuk setara dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina / Chan Kar Min

Chan, Kar Min (2015) Analisis pembentukan leksis kata majmuk setara dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina / Chan Kar Min. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1190Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengkaji leksis kata majmuk setara (KMS) bahasa Melayu dan bahasa Cina dari aspek struktur, kategori, makna dan ciri-ciri. Sebanyak 91 leksis KMS bahasa Melayu dan 101 KMS padanan penterjemahan bahasa Cina dipungut sebagai data pilihan. Daripada aspek struktur dan kategori, KMS bahasa Melayu yang dikumpul didapati mempunyai dua belas jenis sementara KMS bahasa Cina mempunyai empat belas jenis. Ini berbeza daripada dapatan kajian Ceccagno dan Scalise (2006) KMS merumuskan bahasa Cina mempunyai tujuh jenis. Daripada aspek makna, konsep Kepala (dua kepala dan tiada kepala) Ceccagno dan Scalise (2006) digunakan. Konsep dua kepala bermaksud gabungan inti dengan inti (seperti: adab tertib, siang malam), sementara tiada kepala bermaksud kedua-dua kata tersebut tiada inti sehingga menghasilkan satu gabungan erti yang baru (seperti: kaki tangan, hati jantung). Dapatan kajian ini mendapati jenis dua kepala (two headed) ini merupakan majoriti data kajian baik dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Cina. Ini bererti kebanyakannnya makna KMS BM dan KMS BC adalah jelas (dua kepala), hanya sebahagian kecil sahaja maknanya sukar dikenalpasti (tiada kepala). Daripada aspek ciri-ciri, Zaidi (2008) merumuskan sembilan ciri penentu kata majmuk bahasa Melayu, tetapi kajian ini menunjukkan ciri-ciri ini tidak semestinya dapat diaplikasikan dalam KMS bahasa Melayu dan bahasa Cina. Hanya tujuh ciri untuk bahasa Melayu dan tiga ciri untuk bahasa Cina yang dapat diaplikasikan. Dengan itu, hasil ini membuktikan bahawa unsur-unsur KMS dapat memberi interpretasi makna secara lebih tepat kepada pengguna bahasa. Diharapkan ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan yang berguna kepada pengguna-pengguna dwibahasa.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Ling.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Pembentukan leksis; Kata majmuk setara; Bahasa Melayu; Bahasa Cina
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 Nov 2015 16:11
    Last Modified: 20 Nov 2015 16:11
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6016

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item