Kohesi nahuan dalam karangan keperihalan Bahasa Cina pelajar tingkatan empat / Yau Cheng Yan

Yau, Cheng Yan (2015) Kohesi nahuan dalam karangan keperihalan Bahasa Cina pelajar tingkatan empat / Yau Cheng Yan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1375Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek penggunaan kohesi nahuan dalam karangan bahasa Cina bagi pelajar tingkatan empat. Sejumlah 30 buah karangan jenis keperihalan dipilih sebagai sampel kajian. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976), dengan memfokuskan empat jenis kohesi nahuan, iaitu rujukan, penggantian, elipsis, dan konjungsi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kohesi yang digunakan dan corak penggunaan kohesi dalam karangan pelajar. Perbincangan secara deskriptif terhadap kohesi yang digunakan disertakan dengan contoh-contoh berkenaan untuk menjelaskan corak dan strategi kohesi yang digunakan oleh pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rujukan dan konjungsi merupakan dua jenis kohesi yang paling kerap digunakan. Selain itu, didapati juga bahawa ramai pelajar sering mengulang rujukan personal yang sama berkali-kali dalam karangan mereka. Jenis kohesi yang digunakan dalam karangan juga adalah sangat terhad dan ini menampakkan kelemahan pelajar dalam membina kesinambungan di antara satu bahagian dengan yang lain dalam karangan. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan kelemahan pelajar menguasai penggunaan kohesi nahuan dalam penulisan karangan. Beberapa cadangan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kohesi nahuan juga dibincangkan untuk menolong pelajar menghasilkan karangan yang bermutu.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Ling.) -– Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Kohesi nahuan; Karangan; Keperihalan Bahasa Cina; Pelajar tingkatan empat
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 Nov 2015 17:44
    Last Modified: 20 Nov 2015 17:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6026

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item