Tekanan kerja di kalangan kakitangan awam di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam / Khashimah bt. Hj. Ismail

Hj. Ismail, Khashimah (2015) Tekanan kerja di kalangan kakitangan awam di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam / Khashimah bt. Hj. Ismail. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (44Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (746Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (174Kb) | Preview

          Abstract

          Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap tekanan, faktor penyebab dan kesannya terhadap individu dan jabatan Polis Kontinjen Selangor. Kajian ini melibatkan seramai 48 responden, terdiri daripada Kakitangan Awam yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor. Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden. Data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan kaedah skala likert dengan pengskoran dalam bentuk min dan peratus. Berdasarkan analisis kajian, tahap tekanan kerja yang dialami oleh Kakitangan Awam berada pada tahap permulaan tinggi dan ianya boleh dianggap serius. Faktor utama berlakunya tekanan kerja di kalangan Kakitangan Awam adalah dari aspek penilaian bidang tugas. Faktor kedua penyebab berlakunya tekanan adalah dari segi aspek-aspek kemudahan insfrastruktur jabatan. Manakala faktor yang ketiga pula adalah dari aspek kepimpinan penyelia atau ketua. Berdasarkan analisis kajian juga mendapati kesan tekanan kerja telah menyebabkan menyebabkan kakitangan Awam tidak memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja. Mereka juga tidak berminat untuk meneruskan perkhidmatan dalam jabatan PDRM dan sering memohon bertukar kejabatan kerajaan yang lain. Kesan tekanan kerja bagi jabatan ialah kekurangan keanggotaan bagi melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran di IPK Selangor. Kesannya, kelancaran tugas pentadbiran dan perkeranian di IPK Selangor agak terganggu. Robbins (1993) berpendapat bahawa faktor-faktor organisasi, ekonomi dan individu adalah merupakan sumber-sumber yang berpotensi dalam menimbulkan tekanan. Maka, adalah dicadangkan supaya pihak jabatan sentiasa memberi latihan dan penerapan budaya kerja PDRM supaya Kakitangan Awam ini lebih bersedia untuk terus berkhidmat dalam pasukan PDRM. Selain itu, penambahbaikan infrastuktur pejabat perlu dilakukan segera dan menaik taraf sistem yang terbaru. Dari sudut penyeliaan kakitangan pula, penyelia harus memainkan peranan dan tanggungjawab dan dipantau oleh pegawai yang lebih tinggi.

          Item Type: Thesis (Other)
          Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
          Uncontrolled Keywords: Tekanan kerja; Kakitangan awam; Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor; Shah Alam
          Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
          H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
          Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 26 Nov 2015 12:05
          Last Modified: 26 Nov 2015 12:05
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6039

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item