Tahap kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya / Nur Faradilla binti Che Wil

Che Wil, Nur Faradilla (2015) Tahap kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya / Nur Faradilla binti Che Wil. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (863Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (218Kb) | Preview

      Abstract

      Penerapan sistem teknologi maklumat sudah pun menjadi keperluan untuk mengimbangi masa yang telah berubah dengan pesat. Pelaksanaan sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) merupakan satu alat untuk membantu dalam proses sumber manusia terhadap organisasi. Pekerja mempunyai kecenderungan untuk tidak mahu menggunakan sistem teknologi yang baharu bagi mereka dan merasakan ianya menyusahkan. Oleh itu, pentingnya pelaksanaan HRMIS dikaji bagi mengukur tahap kepuasan penggunaan HRMIS kepada para pekerja yang menggunakannya. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti, menganalisa faktor yang menyumbang dan menentukan tahap kecekapan pelaksanaan sistem HRMIS terhadap organisasi dan pekerja. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan mengedarkan borang kaji selidik secara edaran dan juga melalui online kepada 80 orang kakitangan kerajaan di Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan untuk mendapat maklumbalas mengenai kecekapan pelaksanaan sistem HRMIS, bagaimana dan berapa kerapkah mereka menggunakannya. Soalan soal selidik terdiri daripada 2 bahagian termasuk variable seperti sokongan organisasi, tekanan dari pihak pengurusan, kerevelanan dengan kerja, pengunaan HRMIS yang berguna dan mudah untuk digunakan akan diukur. Data sekunder turut digunakan. Pelaksanaan HRMIS mempengaruhi keberkesanan pengurusan sumber manusia pada masa kini. Dengan penggunaan teknologi berdasarkan web, fungsi HR menjadi mudah, cepat dan terkini dengan data transaksi pengurusan yang cekap di antara pekerja dan pengurus atasan. HRMIS merupakan trend domain yang berkembang di pengurusan sumber manusia. Ia telah diumumkan sebagai revolusi inovasi HR (The Hunter Group, 2001) dan dijangka diguna sepenuhnya di semua Jabatan kerajaan Pengurusan Sumber Manusia untuk perkhidmatan lebih cekap (Zampetti & Adamson, 2001). Snell, Stueber, dan Lepak (2002) menyatakan cabaran HR menjadikan lebih strategik, fleksibel, jimat kos dan mesra pengguna dengan penggunaan teknologi maklumat seperti pelaksanaan sistem HRMIS yang ada. Ini menunjukkan penggunaan IT berpotensi untuk mengurangkan kos administratif, meningkatkan produksi, respon yang cepat, menambahbaik pembuat keputusan dan meningkatkan keberkesanan servis mesra pekerja pada masa yang sama. Pengurangan kos, perkhidmatan yang berkualiti dan budaya kerja yang sihat menjadi tiga pilihan penting yang mendorong kecekapan HR melalui penggunaan teknologi IT terkini (Yeung & Brockbank, 1995). Dengan penggunaan sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), pekerja dapat menukar maklumat terkini pada bila-bila masa, merujuk dan mencetak slip gaji yang telah dimuat naik oleh eksekutif sumber manusia dan mengetahui jumlah cuti yang masih berbaki bagi perancangan cuti dan pelbagai penggunaan lagi. Dengan pelaksanaan HRMIS, pengurusan sumber manusia menjadi lebih mudah dan membolehkan pengurusan memfokus objektif organisasi dan aktiviti yang lebih penting dan pelan perancangan strategik. Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat kelemahan-kelemahan di dalam sistem HRMIS ini dan dengan maklum balas dari end user iaitu pekerja itu sendiri memberikan ruang penyelesaian bagi menambaikan sistem, dan ianya juga terpulang kepada pekerja sama ada terus menggunakan dan menerimanya (Venkatesh, Morrism Davis & Davis, 2003). Pelaksanaan sistem yang baharu tidak secara automatiknya membawa kebaikan berterusan kepada organisasi tetapi peringkat penggunaanya adalah menjadi keperluan (Devaraj & Kohli, 2003). Melihat kepada pelaksanaan HRMIS, penggunaan tipikal bukan mandatori dan tidak mengunakannya kerap menjadi pilihan oleh pekerja yang merasa terganggu dalam penggunaan melalui teknologi berdasarkan web dan bukan seperti kebiasaan melalui kaedah manual. Organisasi juga dapat melihat sikap sebenar terhadap perlaksanaan HRMIS dan tahap penggunaan sistem yang baharu dan faktor-faktor yang menyebabkan penggunaan sistem HRMIS.

      Item Type: Thesis (Other)
      Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
      Uncontrolled Keywords: Tahap kecekapan; Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS); Jabatan Imigresen Malaysia; Putrajaya
      Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
      H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
      Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 26 Nov 2015 12:28
      Last Modified: 26 Nov 2015 12:28
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6040

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item