Kelewatan tren komuter KTMB di Stesen Kuala Lumpur Sentral / Nor Zamri bin Yusoff

Yusoff, Nor Zamri (2015) Kelewatan tren komuter KTMB di Stesen Kuala Lumpur Sentral / Nor Zamri bin Yusoff. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (6Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (30Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (2105Kb) | Preview

        Abstract

        Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja. Stesen KL Sentral merupakan stesen utama yang menghubungkan penduduk dengan Bandar yang berdekatan dengan menjadikan tren komuter sebagai penghubung. Peningkatan kapasiti penumpang yang menaiki tren komuter di KL Sentral telah menyebabkan beberapa masalah timbul antaranya masalah kerosakan tren, kerosakan landasan, sistem kawalan, kesesakan trafik dan bencana alam yang meneybabkan kelewatan tren tiba di stesen. Oleh itu, kajian kali ini akan tertumpu kepada masalah kelewatan tren komuter di KL Sentral. Semua maklumat di perolehi berdasarkan analisis dan statistik yang diperolehi dengan sesi temubual dengan staf di pusat kawalan, bahagian statistik, anggota-anggota di Pusat Kawalan dan Arahan Trend dan KTMB dalam prosedur mengendalikan pergerakan tren. Analisis kajian mendapati punca-punca kelewatan tren-tren tersebut dikenalpasti diantaranya menunggu jalan bebas, kerosakan persemboyanan tren, kerosakan landasan dan sekatan kelajuan. Kajian membuat kesimpulan dan mencadangkan supaya jadual waktu di Stesen Sentral Kuala Lumpur sehingga Perhentian Putra perlu dikaji semula bagi mengatasi kesesakan trafik di waktu puncak, memperbaiki sistem persemboyanan tren dengan pemeriksaan berjadual serta menggunakan peralatan yang terbaik dan melaksanakan rondaan landasan berjadual dan kerap bagi mengatasi masalah bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Analisis kajian mendapati punca-punca kelewatan tren-tren tersebut dikenalpasti diantaranya menunggu jalan bebas, kerosakan persemboyanan tren, kerosakan landasan dan sekatan kelajuan. Kajian membuat kesimpulan dan mencadangkan supaya jadual waktu di Stesen Sentral Kuala Lumpur sehingga Perhentian Putra perlu dikaji semula bagi mengatasi kesesakan trafik di waktu puncak, memperbaiki sistem persemboyanan tren dengan pemeriksaan berjadual serta menggunakan peralatan yang terbaik dan melaksanakan rondaan landasan berjadual dan kerap bagi mengatasi masalah bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh.

        Item Type: Thesis (Other)
        Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
        Uncontrolled Keywords: Kelewatan tren; Komuter KTMB; Stesen Kuala Lumpur Sentral
        Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
        H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
        Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 26 Nov 2015 13:18
        Last Modified: 26 Nov 2015 13:18
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6044

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item