Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) / Nur Syuhadah Nachar binti Aminsa @ Sattar

Aminsa @ Sattar, Nur Syuhadah Nachar (2015) Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) / Nur Syuhadah Nachar binti Aminsa @ Sattar. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (124Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (14Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (675Kb) | Preview

        Abstract

        Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu medium yang menjadi perhatian umum pada era ini. ICT pada hari ini sangat penting terutamanya di dalam tugasan seharian. Oleh itu, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah salah sebuah jabatan yang sedang menuju ke arah mensifarkan penggunaan kertas dan mempertingkatkan penggunaan ICT di dalam tugasan seharian kakitangan selaras dengan matlamat kerajaan khususnya dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Kerajaan Elektronik. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL turut di analisis dan seterusnya meneliti tahap keberkesanan penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL melalui faktor-faktor tersebut. Di samping itu kaedah-kaedah bagi meningkatkan tahap penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL turut dicadangkan. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik. Dalam kajian ini, penggunaan soal selidik merupakan salah satu pilihan dalam mengumpul data. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat perkaitan dan hubungan di antara pembolehubah yang dikaji iaitu maklumat diri responden, pengetahuan, kemahiran, sikap dan minat terhadap ICT dengan keberkesanan penggunaan ICT. Faktor-faktor tersebut mempengaruhi keberkesanan penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Di dalam kajian ini dicadangkan agar latihan dan kursus diperbanyakkan sama ada secara menyeluruh atau secara berperingkat agar kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan DBKL dapat mempertingkatkan ilmu ICT yang ada dan menimba ilmu ICT yang baru. Dengan adanya kursus dan latihan yang optimum, matlamat Kerajaan tercapai dalam membentuk sebuah Kerajaan lektronik dan celik IT.

        Item Type: Thesis (Other)
        Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
        Uncontrolled Keywords: Teknologi maklumat dan komunikasi; ICT; Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; DBKL
        Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
        H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
        Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
        Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 26 Nov 2015 14:45
        Last Modified: 26 Nov 2015 14:45
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6045

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item