Transkripsi dan analisis melodi gurindam terikat / Mohd Fairuz bin Zamani

Zamani, Mohd Fairuz (2014) Transkripsi dan analisis melodi gurindam terikat / Mohd Fairuz bin Zamani. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (244Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (5Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini menjadikan melodi dalam penyampaian gurindam terikat di Malaysia sebagai subjek utamanya. Transkripsi dan analisi melodi dijalankan menggunakan teori muzik Barat dengan mengambil kira para sarjana Barat seperti Johann Joseph Fux dan Leon Stein sebagai rujukan utama di samping Warburton, Green, dan Schoenberg sebagai rujukan sampingan. Kaedah kajian kualitatif digunakan dalam kajian ini. Beberapa rakaman audio penyampaian gurindam terikat diperoleh dan daripada rakaman-rakaman ini, pengkaji menghasilkan transkripsi melodi menggunakan sistem notasi Barat. Sistem notasi Barat dipilih kerana ia merupakan sistem notasi standard yang digunakan secara meluas di serata dunia. Teori muzik Barat yang merupakan common knowledge digunakan dalam proses analisa. Temuramah dengan beberapa individu seperti para sarjana puisi Melayu klasik dan penyampai gurindam yang terkemuka diadakan bagi membantu menambah dapatan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan melodi ini mampu dijadikan dalam bentuk notasi Barat. Hal ini membolehkan pengkaji mengkaji elemen-elemen muzik yang terdapat dalam melodi ini. Kajian juga menunjukkan melodi ini mempunyai elemen-elemen muzik seperti figure, motive, sub-phrase, dan phrase, sekaligus menunjukkan melodi ini mempunyai struktur tertentu yang boleh dikaji dengan menggunakan teori muzik Barat. Kajian ini mampu memberi ilmu baru kepada pengkaji-pengkaji lain dan peminat-peminat gurindam kerana kajian terhadap melodi dalam penyampaian gurindam terikat dalam dunia kesarjanaan masih kurang. Kajian ini juga membuka suatu dimensi lain dalam bidang kajian muzik tradisional secara amnya kerana ia boleh memberi suatu gambaran baru terhadap muzik tradisional menjadi suatu titik tolak kepada permulaan untuk memperkembang muzik tradisional secara total. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan suatu garis panduan kepada umum yang berminat untuk mempelajari melodi yang digunakan dengan menggunakan sistem notasi Barat dan secara langsung memahami seni penyampaian gurindam terikat dengan lebih mendalam.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.(Perfom.Arts)) -- Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, 2015
      Uncontrolled Keywords: Transkripsi; Analisis melodi; Gurindam terikat
      Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Ms Juhaida Abd Rahim
      Date Deposited: 02 Dec 2015 14:38
      Last Modified: 02 Dec 2015 14:38
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6096

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item