Konsep al-ilahiyyat dalam pemikiran syiah al-ithna ‘ashariyyah: Analisis bab al-tawhid dari kitab al-kafi menurut perspektif al-asha‘irah / Mohd Hamidi Ismail

Mohd Hamidi, Ismail (2015) Konsep al-ilahiyyat dalam pemikiran syiah al-ithna ‘ashariyyah: Analisis bab al-tawhid dari kitab al-kafi menurut perspektif al-asha‘irah / Mohd Hamidi Ismail. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (426Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (788Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (923Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1075Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1165Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (248Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (476Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (170Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (97Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (189Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (53Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF (Full Text)
                        Download (54Kb) | Preview

                          Abstract

                          Kajian bertajuk “Konsep Al-ilahiyyat Dalam Pemikiran Syiah Al-ithna ‘Ashariyyah: Analisis Bab Al-Tawhid Dari Kitab Al-Kafi Menurut Perspektif Al-Asha‘irah” merupakan sebuah kajian dengan objektif utama mengenal pasti tasawur tentang tuhan dan sifatnya dalam al-Kafi dan penilaian terhadapnya oleh ilmuwan al-Asha‘irah. Kajian ini mengandungi lima bab. Bab satu iaitu pendahuluan menjelaskan latarbelakang, skop dan objektif kajian serta metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Bab dua mengetengahkan tema-tema al-ilahiyyat dalam al-Kafi. Bab tiga menjelaskan manhaj tema-tema pemikiran al-ilahiyyat dalam al-Kafi. Bab empat memaparkan penilaian al-Asha‘irah terhadap tema-tema dan manhaj pemikiran al-ilahiyyat dalam al-Kafi. Dan bab lima kesimpulan kajian. Secara keseluruhan, kajian ini berkonsepkan perpustakaan (maktabi) yang berteraskan dua kaedah pengkajian iaitu kaedah pengumpulan dan analisis data. Bagi menganalisis data, dua sub aplikasi digunakan iaitu metode induktif dan metode deduktif. Kajian ini mendapati al-Kulayni – pengarang al-Kafi – telah memperkenalkan beberapa konsep dalam menjelaskan zat dan sifat tuhan yang menjadi teras pegangan aliran Syiah al-Ithna ‘Ashariyyah. Konsep-konsep tersebut yang diwar-warkan bersumberkan nas tidak lebih daripada hasilan kontemplasi akal yang dicedok daripada pemahaman al-Mu‘tazilah. Cedokan ini tidak menyumbang melainkan kecelaruan yang mencacatkan ketuhanan Allah SWT. Dengan sebab itu, konsep-konsep tersebut dinilai dan dikritik oleh al-Asha‘irah. Hasilnya, konsep al-ilahiyyat dalam al-Kafi bukan sahaja menyalahi pedoman al-Qur’an dan al-Sunnah malah menyalahi logik akal yang sihat, sebagaimana yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh al-Asha‘irah. Dengan hasil ini membuktikan penilaian yang dilakukan oleh al-Asha‘irah amat penting diketengahkan kepada masyarakat Islam di Malaysia demi mendedahkan mereka kepada racun pemikiran Syiah al-Ithna ‘Ashariyyah yang kian mempengaruhi masyarakat kini.

                          Item Type: Thesis (PhD)
                          Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015.
                          Uncontrolled Keywords: Al-ilahiyyat; Syiah al-ithna ‘ashariyyah
                          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                          Divisions: Academy of Islamic Studies
                          Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                          Date Deposited: 03 Mar 2016 15:42
                          Last Modified: 03 Mar 2016 15:42
                          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6146

                          Actions (For repository staff only : Login required)

                          View Item