Kesan bimbingan kelompok terhadap konsep kendiri murid sekolah rendah / Yusni Mohamad Yusop

Yusni, Mohamad Yusop (2015) Kesan bimbingan kelompok terhadap konsep kendiri murid sekolah rendah / Yusni Mohamad Yusop. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (FULL TEXT)
Download (2196Kb) | Preview

    Abstract

    Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Modul Bimbingan Kelompok Konsep Kendiri (BKKK) dalam meningkatkan konsep kendiri murid sekolah rendah. Sampel kajian terdiri daripada 127 murid. Subjek kajian telah diagih secara rawak kepada empat kumpulan, iaitu dua kumpulan rawatan (63 murid) dan dua kumpulan kawalan (64 murid). Konsep kendiri murid diukur menggunakan soal selidik Tennessee Self Concept Scale:2 khusus untuk kanak-kanak (Fitts dan Warren, 2003). Rawatan BKKK dikendalikan selama tujuh minggu untuk kumpulan rawatan, sementara kumpulan kawalan aktiviti bimbingan seperti biasa yang dirancang oleh guru bimbingan di sekolah. Di samping ujian pra dan ujian pasca, reka bentuk kajian Kuasi Eksperimental Solomon Empat Kumpulan ini juga melibatkan ujian pasca lanjutan yang dilaksanakan tiga minggu selepas tempoh rawatan selesai. Setelah subjek melalui 14 sesi bimbingan, analisis ANOVA 2x2 menunjukkan wujud kesan utama rawatan modul terhadap konsep kendiri. Rawatan modul BKKK merupakan faktor yang signifikan kepada peningkatan konsep kendiri murid. Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara rawatan dengan ujian pra. Hal ini bermaksud keberkesanan rawatan BKKK bukan disebabkan ujian pra. Hasil kajian turut mendapati tidak terdapat kesan interaksi antara rawatan dengan jantina dan rawatan dengan pencapaian akademik. Hal ini bermaksud keberkesanan rawatan BKKK bukan disebabkan oleh faktor jantina ataupun tahap pencapaian akademik subjek. Analisis data MANOVA mendapati masih wujud perbezaan yang signifikan skor konsep kendiri antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca lanjutan. Dapatan ini menunjukkan wujud pengekalan tahap konsep kendiri kumpulan rawatan dalam tempoh lanjutan. Berpandukan dapatan keseluruhan, kajian mencadangkan rawatan modul BKKK ini digunakan untuk menyuburkan konsep kendiri yang positif dalam kalangan murid sekolah rendah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Faculty of Education, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Modul bimbingan kelompok; Education
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 03 Mar 2016 15:22
    Last Modified: 06 Sep 2016 11:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6156

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item