Kampung Budaya Sarawak: Kajian dari aspek pengurusan pemasaran / Puteri Salha Safrudin

Puteri Salha, Safrudin (2015) Kampung Budaya Sarawak: Kajian dari aspek pengurusan pemasaran / Puteri Salha Safrudin. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (352Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (5Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses pengurusan pemasaran di pusat kebudayaan. Kajian dilakukan untuk melihat kepada keberkesanan dan corak pengurusan pemasaran di Malaysia, dengan melihat Kampung Budaya Sarawak sebagai kajian kes. Ia berkaitan dengan perkembangan kreativiti dan pengurusan pemasaran Kampung Budaya Sarawak yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah bersifat kualitatif dan kuantitatif. Hasil penyelidikan ini diharap dapat membantu mengumpulkan data untuk dianalisa demi mengutarakan hujah-hujah dan jawapan yang menepati objektif dan penyelidikan. Kajian ini juga diharap dapat membuktikan bahawa pengurusan pemasaran berperanan penting bagi mempromosikan dan melestarikan budaya tradisi masyarakat Sarawak di mata dunia melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Menerusi penganalisaan yang dilakukan diharap dapat dilihat sama ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan menepati visi organisasi iaitu menjadikan Kampung Budaya Sarawak sebagai satu pusat kebudayaan bertaraf dunia. Penyelidikan ini juga berhasrat untuk mengkaji sama ada perlaksanaan aktiviti-aktiviti pemasarannya adalah bertepatan dengan misinya iaitu mempamerkan budaya etnik yang pelbagai dan juga tradisi masyarakat Sarawak yang disampaikan melalui produk-produk yang inovatif dan berkualiti tinggi.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, 2015.
      Uncontrolled Keywords: Kampung Budaya Sarawak
      Subjects: A General Works > AM Museums (General). Collectors and collecting (General)
      H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 19 Mar 2016 09:35
      Last Modified: 22 Mar 2016 13:09
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6193

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item