Penterjemahan tajuk utama iklan dalam katalog bercetak / Anis Shahirah Abdul Sukur

Anis Shahirah, Abdul Sukur (2016) Penterjemahan tajuk utama iklan dalam katalog bercetak / Anis Shahirah Abdul Sukur. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3171Kb) | Preview

    Abstract

    Kemasukan pelbagai produk antarabangsa yang diimport ke Malaysia menyebabkan iklan yang dicipta dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Langkah penterjemahan iklan semestinya mempunyai kekangan apabila produk yang diasaskan dari luar negara membawa bersama budaya, norma dan juga sistem bahasa negara pengeluar produk berkenaan. Berlandaskan permasalahan berkenaan, kajian ini mengkaji penterjemahan tajuk utama dalam katalog bercetak Cosway dan Avon. Tiga perspektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri bahasa tajuk utama, isu keinggerisan yang wujud dalam terjemahan tajuk utama, serta pendekatan penterjemahan tajuk utama. Oleh itu, kajian ini mengaplikasikan pendekatan eklektik untuk menganalisis data kajian. Pandangan Torresi (2010) berkenaan bahasa teks periklanan dipertimbangkan bagi mengenal pasti ciri-ciri bahasa dalam penulisan tajuk utama. Kategori keinggerisan oleh Haugen (1972) pula dimanfaatkan untuk mengelaskan unsur keinggerisan yang wujud dalam tajuk utama. Selain itu, pendekatan terjemahan fungsian yang diutarakan oleh Nord (1997) diaplikasikan bagi menghuraikan pendekatan terjemahan yang digunakan oleh penterjemah sewaktu menterjemah. Dapatan kajian menunjukkan penterjemah menggunakan gabungan bahasa kreatif dan bahasa emotif dalam penulisan tajuk utama. Selain itu, langkah penterjemahan telah mewujudkan unsur keinggerisan seperti kata pinjaman dan kata pinjaman gabungan. Analisis data juga menunjukkan penterjemah mengaplikasikan dua jenis pendekatan terjemahan, iaitu terjemahan sefungsi dan terjemahan literal bagi menghasilkan versi terjemahan iklan yang mampu memujuk khalayak agar membeli produk yang diiklankan. Implikasi kajian ini memperlihatkan penterjemahan menyumbang ke arah isu keinggerisan dalam iklan terjemahan berbahasa Melayu, di samping faktor medium teks iklan mempengaruhi jenis pendekatan penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Advertisement; Printed catalog; Language translation
    Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1990 Broadcasting
    Divisions: Academy of Malay Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 13 Jan 2017 11:16
    Last Modified: 13 Jan 2017 11:16
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6298

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item