Keserasian Fasilah Al-Qur’an: Kajian dari aspek ilmu munasabat / Mohd Hisyam Abdul Rahim

Mohd Hisyam, Abdul Rahim (2016) Keserasian Fasilah Al-Qur’an: Kajian dari aspek ilmu munasabat / Mohd Hisyam Abdul Rahim. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (3066Kb) | Preview

    Abstract

    Istilah fasilah merujuk kepada kalimah akhir di penghujung setiap ayat al-Qur'an yang berperanan dalam menjaga kesempurnaan makna dan susun atur ayat. Lantaran kepelbagaian rima yang terdapat pada fasilah, maka terdapat pihak yang mendakwa bahawa rima-rima tersebut adalah tidak secocok, rancu dan pemilihan perkataan juga tidak serasi. Kerancuan fasilah yang ditohmahkan tersebut membawa kepada dakwaan ayat-ayat al-Qur'an itu terpisah-pisah, tiada pertautan dan tidak membentuk kesatuan padu sebagai sebuah surah dan juga kitab. Justeru, kajian yang dijalankan ini berusaha menafikan dakwaan tersebut dengan menampilkan kepelbagaian keserasian yang wujud dalam fasilah al-Qur'an. Kajian yang bersifat kualitatif ini, mengimplimentasikan analisis data secara induktif dan deduktif serta komparatif dalam mencapai objektif kajian yang ditentukan. Kajian ini berbeza dengan kajian-kajian sebelumnya dengan mengenalpasti empat jenis keserasian fasilah, iaitu: Pertama, keserasian fasilah dengan kandungan ayat. Kedua, keserasian fasilah dengan fasilah ayat selepasnya. Ketiga dan keempat pula ialah, keserasian fasilah yang sama dan keserasian keseluruhan fasilah dalam sesebuah surah. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa keempat-empat jenis keserasian fasilah tersebut dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk utama menerusi qarinah yang dikenalpasti. Bentuk-bentuk tersebut ialah, keserasian fasilah bersifat nyata dan keserasian fasilah bersifat maknawi. Justeru, segala keserasian berkaitan fasilah yang diketengahkan dalam kajian ini membuktikan bahawa, rima-rima yang terdapat dalam fasilah al-Qur'an adalah serasi antara satu dengan yang lainnya. Pada masa yang sama, keserasian yang diketengahkan ini merupakan pembuktian bahawa ayat-ayat al-Qur'an itu mempunyai susunan yang kukuh di segenap bahagian.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Al-Qur’an; Islam; Perfect semantic and syntax; Fasilah compatibility; Cohesive text
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 14 Jan 2017 11:21
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6334

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item