Tun Sir Henry Lee Hau Shik sebagai ahli perniagaan dan tokoh politik, 1924-1988 / Tan Miau Ing

Tan, Miau Ing (2016) Tun Sir Henry Lee Hau Shik sebagai ahli perniagaan dan tokoh politik, 1924-1988 / Tan Miau Ing. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis PhD) (restriction for publication purpose until 2020-author)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

Download (7Mb)

    Abstract

    Tun Sir Henry Lee Hau Shik (1901-1988) atau lebih dikenali sebagai H.S. Lee selalu dikaitkan dengan peranan politiknya sebagai salah seorang pemimpin perintis utama Malayan (kemudian Malaysian) Chinese Association (MCA). Latar belakang keluarga yang kaya dengan pendidikan daripada Cambridge, nasib tuahnya yang tepat masa, kebolehan merentasi budaya yang berbeza serta pengiktirafan oleh pihak berkuasa menyebabkan Lee berupaya berbangkit sebagai pemimpin politik. Beliau memainkan peranan penting dalam menjalinkan kerjasama antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 yang membawa kepada pembentukan Parti Perikatan dan merupakan sebahagian daripada delegasi ke London untuk rundingan kemerdekaan Tanah Melayu. Tesis ini mendokumentasikan kerjaya dan riwayat H.S. Lee sebagai seorang tokoh politik dan ahli perniagaan dalam bentuk biografi dengan menumpu pada sifat kepimpinannya. Kisah Lee merangkup pelbagai lapis kerana beliau bukan hanya seorang pemimpin kumpulan dialek beliau, tetapi juga adalah pemimpin masyarakat dan negara. Pada masa yang sama beliau juga adalah pelombong timah, pemilik bank dan surat khabar serta seorang menteri kerajaan. Kebangkitan Lee begitu cepat sekali, sejak Lee pertama kali datang ke Tanah Melayu untuk menyertai perniagaan keluarganya Kam Lun Tai dan Tai Yau Tin Mines, Lee muncul daripada seorang peniaga pada pertengahan 1920-an kepada pemimpin masyarakat Cina pada tahun 1930-an. Walaupun tergendala oleh tercetusnya Perang Pasifik, namun imej wira perang berikutan dengan penganugerahan pangkat kolonel oleh kerajaan China, merupakan salah satu sebab Lee berupaya muncul sebagai salah seorang pemimpin Cina di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Penglibatan dalam politik dan ekonomi adalah amat tidak terasing bagi keluarga Lee. Bermula dengan bapanya, K.L. Lee yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan dengan kerajaan Manchu dan kerajaan Kuomintang (KMT), bapanya telah iv menggunakan rangkaian politiknya untuk mengembangkan perniagaan dari China ke Hong Kong dan Tanah Melayu kemudian membuka lombong baru di Guangxi, China. Corak yang sama telah ditiru oleh H.S. Lee. Lee bukan hanya mewarisi rangkaian KMT yang diterokai oleh bapanya, beliau juga terlibat dalam politik negara di mana beliau bermastautin, malah memegang jawatan yang terpenting bagi menggubal dasar perniagaan – sebagai Menteri Kewangan, selain terlibat secara intensif dalam perlombongan bijih timah. Walaupun kemudian Lee berundur daripada politik dan membentuk D&C Bank, corak yang sama juga diamalkan oleh anaknya, Douglas dan Alex. Dengan mewarisi rangkaian politik UMNO-MCA yang diterokai oleh Lee, mereka juga mengikut jejak langkah bapa mereka lalu melibatkan diri dalam arena politik dan perdagangan Malaysia. Akhirnya, selain daripada sumber arkib dan maklumat daripada pertubuhan Cina yang Lee pernah terlibat dengan, tesis ini juga menggunakan kertas-kertas peribadi Lee secara terperinci dan juga temu bual dengan ahli keluarganya.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Arts And Social Sciences, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Political person; Businessman; Tun Sir Henry Lee Hau Shik
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    J Political Science > JC Political theory
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 18 Jan 2017 12:25
    Last Modified: 15 Jan 2019 02:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6397

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item