Tingkah laku membeli-belah di Pasar Raya Besar Asing: kajian kes di Shah Alam, Selangor / Abd Rahman Bin Roslan

Roslan, Abd Rahman (2016) Tingkah laku membeli-belah di Pasar Raya Besar Asing: kajian kes di Shah Alam, Selangor / Abd Rahman Bin Roslan. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (451Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (7Mb) | Preview

      Abstract

      Pengenalan format pasar raya besar di pasaran Malaysia oleh peruncit asing sejak 1993 telah mengubah tingkah laku pengguna terutama di lokasi letakannya. Pengguna menerima kesan baik melalui konsep ‘semuanya di bawah satu bumbung’ yang ditawarkan oleh pasar raya besar. Kajian yang dijalankan ini cuba untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan membeli-belah barangan keperluan harian di pasar raya besar asing melibatkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan melalui pembentukan model tingkah laku membeli-belah. Lapan kumpulan faktor telah dikenal pasti iaitu ciri demografi, corak belian, lokasi dan ciri perjalanan, barangan, perkhidmatan, kemudahan, insentif dan persekitaran. Seramai 400 orang responden yang tinggal di kawasan Shah Alam telah terlibat dalam kaji ini. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik dan diedar mengunakan kaedah persampelan mudah. Bagi analisis data, gabungan kaedah statistik diskriptif dan inferensi telah dilakukan menggunakan Statistic Package for Social Sciences (SPSS) Version 20. Analisis Fungsi Diskriminan (Discriminant Function Analysis) adalah kaedah analisis utama dalam kajian ini untuk pembentukan model ruangan keputusan membeli-belah. Hasil kajian mendapati 255 orang atau 63.75% daripada responden menjadikan pasar raya besar sebagai lokasi membeli-belah utama barangan keperluan harian mereka. Sementara hasil pembentukan model ruangan membeli-belah menggunakan Analisis Fungsi Diskriminan mendapati, wujud perhubungan yang signifikan di antara pemboleh ubah bersandar (kumpulan pengguna membuat keputusan membeli-belah barangan keperluan harian di pasar raya besar) dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah peramal. Namun begitu hanya empat pemboleh ubah yang dimasukkan ke dalam model tingkah laku membeli-belah ini iaitu jumlah perbelanjaan, aktiviti lain di pasar raya besar, strategi membeli-belah dan kekerapan kunjungan. Jarak yang menjadi fokus di dalam kajian ini dilihat kurang penting mempengaruhi keputusan membeli-belah responden di pasar raya besar.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Institute of Graduate Studies, University of Malaya, 2016.
      Uncontrolled Keywords: Shopping behaviour; Shopping complex
      Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
      Divisions: Institute of Graduate Studies
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 11 Oct 2016 17:44
      Last Modified: 11 Oct 2016 17:44
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6452

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item