Kajian semantik penggunaan frasa nama Bahasa Tamil berunsurkan budaya dalam blog Thirutamil / Sumadi S.Rajagobal

Sumadi, S.Rajagobal (2016) Kajian semantik penggunaan frasa nama Bahasa Tamil berunsurkan budaya dalam blog Thirutamil / Sumadi S.Rajagobal. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (2177Kb) | Preview

    Abstract

    The Use of Phrase in Tamil of Culture on Blog Thirutamil: A Study On Semantics Kajian semantik ini menganalisis penggunaan frasa kata nama Tamil dalam blog Thirutamil: Satu Kajian Semantik. Bab satu membincangkan tentang blog, kebudayaan, semantik, kajian rintis, permasalahan kajian, tujuan kajian, objektif kajian, dan persoalan kajian. Bab dua pula membincangkan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji lepas mengikut blog, kebudayaan dan semantik. Selain itu, kerangka teori juga dibincangkan. Pengkaji telah membincangkan kerangka kebudayaan yang diperluaskan oleh Newmark dari segi aspek Ekologi, Budaya Kebendaan, Budaya Sosial, Organisasi Sosial serta Gestur dan kebiasaan. Bab ini juga memaparkan cara analisis yang dilakukan. Bab ketiga merupakan bab yang mentafsirkan metodologi kajian. Metodologi yang digunakan ialah kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah memilih 103 patah perkataan untuk mengkaji makna denotasi perkataan dan memilih 30 orang responden.perkataan. Bab empat pula membincangkan analisis dapatan kajian. i) Mengenal pasti jenis-jenis frasa nama kebudayaan Tamil yang terdapat dalam blog Thirutamil berdasarkan senarai kebudayaan yang dikategorikan oleh Peter Newmark. ii) Perbezaan pemahaman denotasi perkataan dan frasa kebudayaan Tamil oleh responden. iii Akhirnya, bab lima membincangkan dapatan kajian iaitu berlakunya perubahan makna, responden tidak memahami maksud tertentu, berlakunya perluasan makna. Selain itu, pengkaji juga membincang faktor yang mempengaruhi perubahan ini. Faktor Pertama ialah perkembangan bahasa Tamil itu sendiri. Kedua ialah tanggapan penutur bahasa Tamil, ketiga faktor perluasaan sesuatu makna perkataan sendiri, keempat ialah faktor kewujudan bidang-bidang baru dalam bahasa Tamil dan faktor akhir ialah penambahan yang berlaku akibat pembatasan dan penyempitan makna. Tambahan pula, pengkaji turut membincangkan penemuan baharu, membuat perbandingan dengan kajian-kajian lepas dan memberi beberapa cadangan kepada pengkaji seterusnya. Kata kunci : frasa nama, blog, budaya, semantik

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Phrase in Tamil; Blog Thirutamil; Semantics
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jun 2016 10:01
    Last Modified: 13 Sep 2019 08:19
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6490

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item