Tay, Chin Huey (2016) Penggunaan unsur warna dalam simpulan Bahasa Cina / Tay Chin Huey. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perubahan makna unsur warna yang terkandung dalam simpulan bahasa Cina. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan sesuatu warna dalam simpulan Bahasa Cina dan perubahan makna mengikut setiap unsur warna yang dikaji. Aspek kajian dilanjutkan dengan pengkategorian simpulan bahasa Cina yang berunsur warna ke dalam beberapa kategori budaya Cina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa warna putih merupakan warna yang mempunyai kekerapan penggunaan yang paling tinggi diikuti oleh warna emas, kuning, hijau dan merah. Warna-warna dalam simpulan bahasa Cina adalah kata adjektif yang menyifatkan perkataan sebelahnya. Kebanyakan unsur warna yang terkandung dalam simpulan bahasa Cina mengalami dua jenis perubahan makna iaitu metafor dan perluasan makna. Terdapat beberapa simpulan bahasa yang berunsur warna tergolong dalam pelbagai kategori budaya. Faktor-faktor seperti adat resam, tradisi, nilai hidup, pembentukan amanah, budaya turut mempengaruhi penghasilan himpunan simpulan bahasa yang mengandungi unsur warna. Kajian ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar untuk mengenali dan mempelajari simpulan bahasa Cina. Penghargaan terhadap ciptaan simpulan bahasa sejak berkurun lamanya juga merupakan tujuan kajian ini. Seseorang yang aktif dalam penggunaan simpulan bahasa dapat diklasifikasikan sebagai golongan yang celik bahasa.
Actions (For repository staff only : Login required)