Cabaran industri filem Melayu, pandangan penggiat industri dan penonton / Hizral Tazzif Hisham

Hisham, Hizral Tazzif (2015) Cabaran industri filem Melayu, pandangan penggiat industri dan penonton / Hizral Tazzif Hisham. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membentangkan cabaran yang dihadapi industri tempatan dan menyediakan kerangka bagi membina model ekosistem untuk mewujudkan industri filem yang berdaya maju dan berdaya saing. Kelemahan ini menyebabkan kemasukan filem luar dalam pasaran dan pada masa yang sama menggugat perkembangan industri filem tempatan sebagai industri produk budaya berasaskan nilai tradisi dan budaya tempatan digugat populariti filem asing. Walaupun menerima dana kerajaan dan Dasar Filem Negara yang dapat membantu membangunkan industri filem tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran tetapi kelemahan industri filem tempatan tetap ada. Antaranya, mutu skrip, tenaga kerja, tayangan dan pertindihan bidang tugas agensi kerajaan. Selain itu, industri filem tempatan juga menghadapi masalah kemasukan filem luar (lebih 300 tajuk setahun), pembahagian keuntungan antara pihak panggung dan penerbit filem, penguasaan filem luar dan penonton. Metodologi kajian menggunakan kaedah bercampur (mixed method) iaitu kualitatif dan kuantitatif. Data primer kualitatif menggunakan pendekatan kaedah temu bual secara mendalam dan terbuka dengan 11 pengamal industri yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai subjek yang dikaji manakala data sekunder diperoleh daripada data dan dokumen Internet, laman web rasmi Perbadanan Pembangunan Filem Nasional (FINAS), akhbar, laporan mesyuarat, surat, siaran akhbar dan kertas cadangan kementerian serta hansard Parlimen. Data kuantitatif menggunakan kaedah ‘convenient sampling’ kerana pengurusan responden yang baik untuk tayangan filem terlaris dan filem Melayu. Soal selidik dilakukan di tiga Cineplex iaitu di IOI (Puchong), Alamanda (Putrajaya) dan The Curve (Damansara). Sebanyak 300 set soalan tinjauan diedarkan di tiga lokasi berkenaan namun hanya 160 responden menjawab dan penyelidik menggunakan 146 set soalan untuk dianalisis (14 set ditolak kerana jawapan tidak lengkap). Kesimpulan daripada kajian yang dijalankan mendapati kemasukan filem luar menggugat industri filem tempatan, dasar yang disediakan kerajaan banyak membantu, berlakunya proses globalisasi dan hybrid antara nilai tempatan dan Barat serta penonton memilih jalan cerita untuk menonton tetapi pada masa yang sama ingin melihat budaya tempatan diketengahkan dalam filem berkenaan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Arts And Social Sciences, University of Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Malay film; Film industry; Film technology; Film evolution
    Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 29 Dec 2016 12:17
    Last Modified: 29 Dec 2016 12:17
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6569

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item