Pembinaan ayat Bahasa Jerman dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu di Uitm Shah Alam / Haslina Daud

Haslina, Daud (2016) Pembinaan ayat Bahasa Jerman dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu di Uitm Shah Alam / Haslina Daud. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1929Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan suatu analisis dalam pembinaan ayat bahasa Jerman (BJ) dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu di UiTM Shah Alam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti corak susunan ayat-ayat BJ oleh pelajar-pelajar Melayu dan mengenal pasti struktur ayat manakah dalam BJ yang banyak menimbulkan masalah kepada pelajar. Responden kajian terdiri daripada 30 pelajar BJ di tahap III (tahap akhir) daripada dua fakulti iaitu Fakulti Senilukis dan Senireka (FSSR) dan Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK). 15 responden adalah daripada FSSR dan selebihnya 15 responden lagi adalah dari FKK. Pelajar perempuan adalah seramai 13 orang dan pelajar lelaki pula adalah seramai 17 orang. Sebanyak 20 ayat yang terdiri daripada tiga bahagian kertas ujian bertulis dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan peratusan. Seterusnya, data-data kajian yang telah dianalisis diperlihatkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh B1 (BM) dan juga B2 (BI) dalam membentuk ayat-ayat BJ. Namun, kesalahan dalam penghasilan ayat BJ yang dilakukan lebih banyak menunjukkan wujudnya pengaruh BI. Analisis kajian ini menggunakan teori Cumulative Enhancement Model (CEM) oleh Flynn, Foley dan Vinnitskaya (2004) dan kajian Marie-Claude Tremblay (2006). Dapatan ini adalah signifikan dengan teori Flynn et al iaitu B1 atau bahasa ibunda (BM) tidak memainkan peranan istimewa dan mempengaruhi pembelajaran B2, B3 dan seterusnya. Dapatan kajian juga adalah bersamaan dengan dapatan kajian oleh Tremblay yang mendapati bahawa BI yang lebih mempengaruhi pelajar ketika belajar BJ berbanding BM disebabkan persamaan yang wujud antara kedua-dua BI dan BJ terutama dari segi persamaan tipologi. Dalam bab akhir, kekangan yang dihadapi pelajar ketika belajar B3 dan juga kesukaran yang dihadapi oleh pensyarah B3 ketika sesi pembelajaran di UiTM Shah Alam telah disenaraikan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Jerman language; University Teknologi Mara (UiTM); Malay students; German language sentence structure
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 08 Sep 2016 16:57
    Last Modified: 18 Jan 2020 11:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6618

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item