Analisis balaghah terhadap ayat Ruqyah Darussyifa’ / Mohd Khairul Akhbar Bin Jahiruddin

Jahiruddin, Mohd Khairul Akhbar (2016) Analisis balaghah terhadap ayat Ruqyah Darussyifa’ / Mohd Khairul Akhbar Bin Jahiruddin. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2788Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membuat analisis terhadap ayat ruqyah syar’iyyah dalam perubatan Islam dari segi balaghah bahasa Arab di samping menjelaskan jenis-jenisnya yang diamalkan di Pusat Perubatan Islam Darussyifa’. Komponen ruqyah yang dikaji hanya difokuskan kepada 14 ruqyah yang bersumberkan Hadith dan doa yang ma’thur, bukan daripada ayat al-Quran al-Karim. Semua data dikumpul daripada buku teks yang menjadi sukatan pengajian di Darussyifa’. Ayat-ayat ruqyah ini dianalisis berdasarkan ilmu ma ‘ani. Kajian mendapati terdapat ciri-ciri keunikan di sebalik gaya balaghah yang digunakan dalam ayat-ayat ruqyah dan tujuannya berdasarkan jenis penyakit dan masalah yang dirawat. Kajian mendapati beberapa jenis gaya yang selalu digunakan dalam ruqyah seperti gaya tawkid (penegasan), uslub amr, uslub fasl dan wasl , penggunaan nakirah dan makrifah. Begitu juga dengan takrar ( pengulangan) yang banyak berlaku dalam ruqyah ini merupakan satu cara mustajab untuk mendapat kesembuhan dari bacaan ruqyah dengan izin Allah SWT. Hasil kajian ini juga membuktikan segala ruqyah dan rawatan yang dibuat segalanya bergantung pada Allah SWT semata-mata dan secara mutlak.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Islamic treatment; Ruqyah; Alternative treatment
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 08 Sep 2016 16:53
    Last Modified: 08 Sep 2016 16:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6619

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item