Egyptian-Sudanese political relations in the era of Gamal Abdel Nassr(1970-1952): historical analytical study / Dalal Alnawari Salama Abd Karim

Abd Karim, Dalal Alnawari Salama (2016) Egyptian-Sudanese political relations in the era of Gamal Abdel Nassr(1970-1952): historical analytical study / Dalal Alnawari Salama Abd Karim. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3188Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji corak hubungan dua hala antara Mesir dan Sudan pada era Jamal Abdel Nasser. Pengkaji telah membuat penerangan dalam bab-bab yang berkaitan secara khusus tentang pasca hubungan dua hala dan merungkai nilai-nilai sejarah dan geografi kedua-dua negara ini. Seterusnya, pengkaji menyentuh tentang masalah-masalah yang mempengaruhi corak hubungan dua hala antara kedua-dua negara ini pada permulaannya, termasuk cara orang Mesir dan orang Sudan berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut melalui kesedaran tentang hubungan dua hala yang telah lama disemai serta keperluan untuk bersatu berdasarkan tanah/wilayah, kejiranan, sempadan, sumber hasil dan bahasa merentasi zaman. Pengkaji telah menggunakan pendekatan retrospektif sejarah dalam kajian ini seperti yang dibentangkan dalam beberapa bab. Selain daripada itu, pendekatan analisis adalah berdasarkan analisis, penerangan dan rumusan karangan. Kepentingan kajian ini adalah pada hubungan diakronik antara Mesir dan Sudan semasa era Nasser dan cuba untuk mencari cara bagi membangunkan hubungan tersebut menerusi peningkatan kesedaran dalam diri rakyat kedua-dua negara tentang hubungan yang telah lama disemai antara kedua-dua negara. Tambahan lagi, kajian ini juga membentangkan masalah-masalah yang paling utama mempengaruhi hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan cuba untuk cari jalan penyelesaian melalui kajian yang mendalam tentang sejarah perhubungan kedua-dua negara ini. Akhirnya, pengkaji menemui bahawa sebenarnya kedua-dua negara ini mempunyai hubung kait rapat dari segi sejarah dan kedudukan geografi, mempunyai hala tuju yang sama, sementara masalah yang wujud di antara kedua-dua negara ini adalah disebabkan polisi-polisi yang ada, dan peningkatan kesedaran di kalangan rakyat mereka telah menyumbang kepada pengurangan krisis yang pada asalnya diwujudkan bagi memecahbelah perpaduan Arab dan melemahkan integriti. Pengkaji mencadangkan agar menggunakan kajian sebelum ini yang merangkumi corak hubungan kedua-dua negara dan melaksanakan ia secara praktikal berdasarkan hasilnya untuk mengekalkan tanah dan wilayah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: History; Political relations; Egyptian-Sudanese
    Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    J Political Science > JA Political science (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 02 Sep 2016 17:07
    Last Modified: 02 Sep 2016 17:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6669

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item