Pemindahan negatif dalam karangan Bahasa Sepanyol oleh pelajar Melayu / Fatina Abu Bakar

Fatina, Abu Bakar (2016) Pemindahan negatif dalam karangan Bahasa Sepanyol oleh pelajar Melayu / Fatina Abu Bakar. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only until 18 August 2019.

Download (1860Kb)

    Abstract

    Kajian ini dijalankan bagi meneroka fenomena pemindahan negatif dari bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris ke dalam penulisan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Sepanyol. Fokus kajian adalah untuk melihat perbezaan dalam pemindahan negatif di antara bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan kaedah campuran (mixedmethod) di mana pengkaji menggunakan perkiraan statistik mudah bagi mengira kekerapan pemindahan negatif dan seterusnya memberi huraian deskriptif terhadap jenis pemindahan negatif tersebut. Data primer adalah daripada 30 penulisan karangan pelajar Melayu Tahap 1 bahasa Sepanyol. Kesilapan pelajar dalam karangan akan dikategorikan mengikut beberapa jenis kesilapan yang diadaptasi daripada Calvo Cortés (2005) dan seterusnya kesan PN dianalisis menggunakan klasifikasi jenis pemindahan negatif Odlin (1989). Selain itu, data dari soal selidik digunakan bagi melihat persepsi pelajar tentang penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pembelajaran bahasa Sepanyol. Dapatan kajian mendapati pelajar lebih banyak melakukan pemindahan negatif daripada bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dan jenis pemindahan yang paling banyak dilakukan ialah dari jenis kata kerja. Sementara persepsi pelajar terhadap bahasa yang banyak digunakan sebagai rujukan dalam mempelajari bahasa Sepanyol juga ialah bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini diharap dapat menarik perhatian tenaga pengajar bahasa Sepanyol terhadap kewujudan fenomena pemindahan bahasa dan dapat digunakan bagi tujuan penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol terutamanya di Malaysia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Uncontrolled Keywords: Language transfer; Spain language; Negative influences; Malay students
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 15 Nov 2016 12:02
    Last Modified: 15 Nov 2016 12:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6675

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item