Pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah harian / Noor Azzam Syah

Noor Azzam Syah, Mohamed (2016) Pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah harian / Noor Azzam Syah. PhD thesis, University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed).

[img]
Preview
PDF (PhD)
Download (295Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (PhD)
    Download (2363Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pemahaman Kumpulan Pelaksana Pengurusan (KPP) kokurikulum dan mengetahui proses yang terlibat semasa menguruskan kokurikulum di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu penerokaan jujukan (kualitatif dan kuantitatif) yang melibatkan seramai 10 orang KPP kokurikulum di sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan seramai 307 orang KPP Kokurikulum di sekolah menengah harian yang berlainan. Dalam kaedah kualitatif, tiga teknik digunakan, iaitu temubual, pemerhatian dan juga semakan dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo versi 10. Dapatan data kualitatif telah menemui lapan konstruk utama iaitu perancangan, pengelolaan, kepimpinan, pengawalan, pembangunan staf, pelaporan, belanjawan dan juga perhubungan masyarakat luar seterusnya menghasilkan amalan pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah. Dapatan kuantitatif diperoleh menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan SPSS versi 21 untuk mengenal pasti frekuensi, peratus, min, sisihan piawai, dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman KPP kokurikulum berdasarkan pelaksanaan pengurusan kokurikulum menggunakan model yang dihasilkan adalah seramai 296 orang pada tahap tinggi, manakala 11 orang lagi di tahap sederhana. Bagi tahap pelaksanaan menunjukkan seramai 244 orang di tahap yang tinggi, manakala seramai 63 orang ditahap yang sederhana. Ujian Kolerasi menunjukkan terdapat perhubungan yang sederhana di antara kefahaman dan pelaksanaan pengurusan kokurikulum (r = 0.672). Tahap kefahaman dan pelaksanaan KPP kokurikulum terhadap amalan pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah harian yang dihasilkan menerusi kaedah campuran ini menunjukkan 96.4 peratus daripada mereka faham pada tahap yang tinggi dan 79.5 peratus melaksanakan pengurusan kokurikulum pada tahap yang tinggi.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Uncontrolled Keywords: Education management; Secondary school; Malaysia
      Subjects: L Education > L Education (General)
      Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 20 Sep 2016 13:30
      Last Modified: 20 Sep 2016 13:30
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6684

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item