Pembangunan sosial melalui program pembasmian kemiskinan: kajian perbandingan antara kes di Melaka, Malaysia dan kes di Riau, Indonesia / Mohamad Zahir Zainudin

Mohamad Zahir, Zainudin (2016) Pembangunan sosial melalui program pembasmian kemiskinan: kajian perbandingan antara kes di Melaka, Malaysia dan kes di Riau, Indonesia / Mohamad Zahir Zainudin. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (365Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1083Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (490Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (517Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (757Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (401Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (237Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (289Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (358Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (87Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (145Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (53Kb) | Preview

                          Abstract

                          Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemajuan negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad yang lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Penekanan ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan sesebuah negara. Bentuk dan corak pentadbiran di Malaysia dan Indonesia mempengaruhi pembangunan sosial kedua-dua buah negara. Situasi sosial jauh berbeza berdasarkan jumlah penduduk, perubahan-perubahan yang berlaku dan trend dalam sejarah pembangunan negara. Perbezaan ini wujud disebabkan strategi pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bergerak pada kadar yang tidak sekata. Wujud debat yang berpanjangan mengenai keberkesanan program pembasmian kemiskinan mikro kredit terhadap kesejahteraan hidup masyarakat miskin. Sesetengah dapatan kajian menunjukkan mikro kredit menjadi penawar kepada kehidupan masyarakat miskin ini. Bagaimanapun, apa yang dikatakan penawar tersebut sebenarnya hanya perubahan dalam jumlah pendapatan yang dijana melalui perniagaan yang diusahakan kerana pendapatan yang bertambah tidak semestinya menggambarkan masyarakat miskin berada dalam kesejahteraan hidup. Justeru kajian ini mengenal pasti impak implementasi intervensi sosial yang dibawa dalam skim mikro kredit melalui program pembasmian kemiskinan terhadap kesejahteraan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Metodologi kajian yang digunakan adalah gabungan kuantitatif dan kualitatif (mixed method) untuk mendapatkan keputusan kajian yang maksimum. Analisis data yang dilakukan ke atas responden menunjukkan empat faktor penyebab kepada kegagalan kesejahteraan komuniti. Faktor-faktor tersebut adalah jaringan sosial, penyertaan komuniti, pembangunan komuniti dan peluang pekerjaan. Kajian ini mencadangkan agensi yang terlibat dalam pembasmian kemiskinan melalui skim mikro kredit wajar menggerakkan usaha ke arah kolaborasi pemerkasaan dan penyertaan aktif responden dalam pelaburan sosial dan pelaburan ekonomi seperti yang terdapat dalam Model Piawaian Pembangunan Sosial.

                          Item Type: Thesis (PhD)
                          Uncontrolled Keywords: Social development; Malaysia; Indonesia
                          Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
                          H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
                          Divisions: Asia- Europe Institute
                          Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                          Date Deposited: 22 Sep 2016 16:49
                          Last Modified: 22 Sep 2016 16:49
                          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6699

                          Actions (For repository staff only : Login required)

                          View Item