Prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan dalaman, kepimpinan pengetua dan iklim sekolah / Norhannan Ramli

Norhannan, Ramli (2016) Prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan dalaman, kepimpinan pengetua dan iklim sekolah / Norhannan Ramli. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan menghasilkan model konsep prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan dalaman guru, kepimpinan pengetua dan iklim sekolah. Kajian ini bermula dengan menganalisis kesan faktor kepimpinan pengetua dan iklim sekolah pada peringkat kumpulan terhadap prestasi guru Pendidikan Islam pada peringkat individu. Seterusnya kajian ini mengkaji kesan kepimpinan pengetua dan iklim sekolah terhadap daya kekuatan dalaman guru Pendidikan Islam. Kajian ini juga menjelaskan kesan daya kekuatan dalaman guru Pendidikan Islam terhadap prestasi guru Pendidikan Islam. Di samping itu, kajian turut menguji kesan variabel mediator di antara kedua-dua faktor kepimpinan pengetua dan iklim sekolah terhadap prestasi guru Pendidikan Islam. Empat persoalan kajian telah dikemukakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian kuantitatif ini adalah secara tinjauan melalui soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai. Seramai 418 orang guru Pendidikan Islam dari 82 buah sekolah menengah kebangsaan dari seluruh Malaysia dipilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan berstrata dan pensampelan berlapis berkadaran. Data dianalisis menggunakan HLM (Hierarchical Linear Modeling) versi 7.0 dan SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 20. Kesahan item soal selidik diperoleh melalui ujian pengesahan faktor analisis (CFA). Manakala kesahan variabel mediator; iaitu motivasi, komitmen dan kepuasan kerja disahkan dengan menggunakan Monte Carlo bootstrapping. Dapatan menunjukkan iklim sekolah pada peringkat kumpulan merupakan faktor peramal yang lebih dominan kepada iv prestasi guru Pendidikan Islam pada peringkat individu (γ = .32, SE = .09, t = 3.55, p < .001), berbanding kepimpinan pengetua (γ = .02, SE = .09, t = 0.22, ns). Dapatan kajian juga membuktikan bahawa iklim sekolah pada peringkat kumpulan merupakan faktor peramal yang lebih dominan kepada daya kekuatan dalaman guru Pendidikan Islam pada peringkat individu berbanding kepimpinan pengetua, kecuali bagi variabel komitmen yang didapati hubungannya tidak signifikan. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa daya kekuatan dalaman guru mempunyai hubungan langsung yang positif dan sangat signifikan dengan prestasi guru Pendidikan Islam. Di samping itu, dapatan kajian turut mengesahkan bahawa motivasi (95% confident interval [CI], lower level [LL] = .072, upper level [UL] = .177), komitmen (95% confident interval [CI], lower level [LL] = .025, upper level [UL] = .128) dan kepuasan kerja guru Pendidikan Islam (95% confident interval [CI], lower level [LL] = .061, upper level [UL] = .185) berfungsi sebagai mediator bagi hubungan di antara kepimpinan pengetua dan iklim sekolah pada peringkat kumpulan dengan prestasi guru Pendidikan Islam pada peringkat individu. Dapatan akhir kajian ini telah menghasilkan model konsep prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan dalaman guru, kepimpinan pengetua dan iklim sekolah yang dapat menjadi panduan kepada peningkatan prestasi guru Pendidikan Islam.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Uncontrolled Keywords: Leadership; Religious teacher; School environment
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 22 Sep 2016 11:59
    Last Modified: 22 Sep 2016 11:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6704

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item