Implikasi perubahan dasar kerajaan terhadap percetakan Melayu / Mohd Khairul Azahari Abdul Rani

Mohd Khairul Azahari, Abdul Rani (2016) Implikasi perubahan dasar kerajaan terhadap percetakan Melayu / Mohd Khairul Azahari Abdul Rani. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (3528Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini meninjau tentang beberapa perubahan dasar atau ketetapan kerajaan dalam urusan perolehan percetakan melibatkan pencetak-pencetak Melayu yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM). Untuk menemui objektif kajian ini, dua kaedah penyelidikan digunakan iaitu tinjauan dan analisis kandungan. Temu tanya dengan beberapa individu penting dalam kajian ini juga diadakan untuk berbincang, mengetahui rentetan masa dan situasi terkini industri percetakan Melayu. Antara individu-individu tersebut ialah Presiden dan mantan-mantan presiden PPPMM, Ketua Pengarah dan mantan-mantan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kaedah tinjauan telah dikendalikan ke atas semua ahli-ahli PPPMM yang kini berjumlah enam puluh empat buah syarikat percetakan Melayu. Kaedah analisis kandungan pula dikendalikan terhadap sebelas buah memorandum dan enam belas buah surat terbitan PPPMM yang dituju khusus kepada pemimpin tertinggi kerajaan dan pentadbir-pentadbir kanan jabatan dan kementerian. Dapatan kajian ini mendapati ahli-ahli PPPMM begitu terkesan dengan perubahan dua ketetapan kerajaan untuk mengkorporatkan Jabatan Percetakan Negara kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan penyerahan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP kepada sebuah syarikat swasta iaitu Dawama Sdn Bhd. Walaupun perubahan ketetapan ini berpandukan kepada ketetapan yang terkandung dalam perjanjian konsesi, tetapi tanpa pemantauan dan kawalan oleh pihak kerajaan, pencetak-pencetak Melayu mengalami kerugian yang agak besar oleh kerana beberapa pelanggaran syarat telah berlaku. Kajian ini akan menyelusuri dari tempoh awal penglibatan pencetak Melayu secara serius dalam industri percetakan hinggalah kepada perubahan dasar kerajaan berlaku.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Arts and Social Science, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Government policies; Printing acquisition; Malay printing companies; Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM)
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 Sep 2016 12:48
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6712

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item