Kritikan seni dari perspektif sosio budaya di Malaysia / Mohamad Kamal Abd. Aziz

Mohamad Kamal , Abd. Aziz (2016) Kritikan seni dari perspektif sosio budaya di Malaysia / Mohamad Kamal Abd. Aziz. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian kritikan seni ini adalah mengenai teks penulisan terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan Mohd. Hoessein Enas. Penelitian adalah merujuk kepada kaedah kualitatif analisis kandungan terhadap sumber penulisan pengkritik seni tanah air khususnya dari sudut sosiobudaya. Sehingga kini tidak banyak kajian ilmiah tentang kritikan seni dilakukan di negara ini bagi mengesani penglibataan dan mengetengahkan golongan pengkritik. Objektif kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk melihat keserasian dan kesesuaian bahan-bahan penulisan berkaitan karya pelukis dalam mengetengahkan aspek makna dari sudut sosio budaya. Segala paparan mengenai kritikan seni diteliti semula bagi menganalisis jenis kritikan seni, pendekatan penulisan serta membolehkan pola pemikiran pengkritik diselidiki. Rujukan penelitian adalah pada sumber-sumber perpustakaan, arkib serta catatan-catatan penulis. Daripada sejumlah pengkritik, sebelas (11) dipilih untuk penganalisisan utama untuk dijadikan tanda aras kepada kajian ini. Ia melibatkan kaedah kualitatif dengan analisis deskriptif terhadap bahan-bahan penulisan mereka. Kaedah temu bual dilakukan dengan melibatkan informan daripada golongan sejarawan seni, pelukis dan ahli akademik untuk mendapatkan sumber informasi mengenai aspek kritikan seni. Melalui kajian ini, beberapa cadangan serta imput dikemukakan kepada pihak atau golongan tertentu untuk merangka perancangan yang lebih efektif dan komprehensif bagi meningkatkan amalan dan budaya kritikan seni tanah air. Bidang kritikan seni sebenarnya boleh menyuburkan budaya ilmu melalui suatu bentuk metodologi yang berteraskan perspektif sosiobudaya yang sekali gus mampu memberi impak kepada dunia seni visual dan masyarakat di Malaysia.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Academy of Malay Studies, Academy of Malay Studies, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Art criticism; Socio-culture; Malaysia
    Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
    N Fine Arts > NX Arts in general
    Divisions: Academy of Malay Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Sep 2016 15:38
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6733

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item