Penggunaan strategi komunikasi pelajar Bahasa Sepanyol dalam komunikasi mediasi komputer secara sinkronus / Rozita Che Omar

Rozita , Che Omar (2016) Penggunaan strategi komunikasi pelajar Bahasa Sepanyol dalam komunikasi mediasi komputer secara sinkronus / Rozita Che Omar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2335Kb) | Preview

    Abstract

    Sifat kerjasama dalam komunikasi antara pelajar dan penutur natif dilihat dapat membantu meningkatkan kecekapan komunikatif pelajar. Kecekapan komunikatif merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada interaksi dan komunikasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti strategi komunikasi (SK) yang digunakan oleh pelajar bahasa Sepanyol dalam komunikasi mediasi komputer secara sinkronus semasa perbualan bersama penutur natif berlangsung. Sebanyak 12 jenis SK yang dikaji dalam kajian ini. SK ini diadaptasikan daripada taksonomi Tarone (1977) dan Palomeque (2007). Selain itu, kajian ini turut mengkaji pencetus kepada penggunaan SK tersebut. Kajian ini juga menghuraikan jenis-jenis SK yang digunakan dalam fasa rutin perundingan makna. Seramai 60 orang pelajar elektif bahasa Sepanyol dari tiga buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Putra Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada pelajar Tahap I, Tahap II dan Tahap III. Data utama kajian adalah teks perbualan pelajar bersama penutur natif dalam laman sembang atas talian. Perbualan ini merupakan perbualan bebas yang berlangsung selama dua jam bagi setiap sesi. Jumlah keseluruhan masa perbualan adalah selama 120 jam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bahasa Sepanyol tanpa mengira tahap kecekapan berbahasa menggunakan SK ketika berinteraksi bersama penutur natif. Namun demikian terdapat pengurangan penggunaan SK apabila meningkatnya tahap kecekapan bahasa pelajar. Selain itu, pemilihan jenis SK juga dipengaruhi oleh tahap kecekapan berbahasa mereka. Pelajar Tahap 1 cenderung untuk menggunakan SK yang tidak memerlukan penggunaan kecekapan berbahasa yang tinggi, sementara pelajar Tahap III pula menggunakan SK yang memerlukan penggunaan kecekapan berbahasa yang tinggi. Tujuan penggunaan SK adalah untuk meningkatkan kefasihan dan kelangsungan perbualan tanpa terlalu menitikberatkan ketepatan dalam konteks bahasa sasaran. Dapatan kajian turut mendapati bahawa terdapat pencetus tertentu kepada penggunaan SK ini. Kategori pencetus yang diutarakan oleh Kandanai (2011) digunakan untuk menganalisa kehadiran pencetus leksikal/semantik, morfosintaktik dan global. Didapati, pencetus leksikal/semantik merupakan pencetus terbanyak yang menjurus kepada penggunaan SK. Model Zhao (2010) dan Model Smith (2003) turut dijadikan panduan untuk melihat kepada fasa rutin perundingan makna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menggunakan SK dalam fasa rutin perundingan makna. Penggunaan SK yang sesuai dalam rutin perundingan membantu pelajar untuk menjayakan komunikasi.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Communication; Cooperation; Synchronous computer-mediated communication (S-CMC); Language proficiency
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 30 Sep 2016 14:25
    Last Modified: 13 Sep 2019 08:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6747

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item