Konsep al-Ma‘rifah Muhammad Nafis al-Banjari dalam karyanya al-Durr al-Nafis: Kajian terhadap kefahaman Masyarakat Banjar di Kalimantan Selatan / Maimunah Zarkasyi

Maimunah, Zarkasyi (2017) Konsep al-Ma‘rifah Muhammad Nafis al-Banjari dalam karyanya al-Durr al-Nafis: Kajian terhadap kefahaman Masyarakat Banjar di Kalimantan Selatan / Maimunah Zarkasyi. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1670Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (8Mb) | Preview

      Abstract

      Dalam ilmu tasawuf Al-ma‘rifah adalah ilmu mengenal Allah secara hakiki. Kaedah yang digunakan untuk mencapainya tidak sahaja berupa dalil‘aqlÊ dan naqlÊ, tetapi juga melalui mata hati (qalb) berdasarkan pengalaman rohani. Menurut ulama sufi, ilmu al-ma‘rifah adalah ilmu tauhid yang tertinggi yang sukar difahami sehingga sering membangkitkan perbalahan dalam kalangan umat Islam di seluroh dunia termasuk di dunia Melayu. Muhammad Nafis al-Banjari (lahir 1150H/1735) adalah salah seorang ulama berasal dari Kalimantan Selatan yang membincangkan konsep ma‘rifah dalam karyanya al-Durr al-Nafis (1200 H). Kajian ini berusaha menghuraikan konsep ma‘rifah menurut Muhammad Nafis al-Banjari dan menganalisis kefahaman masyarakat Banjar di Banjarmasin dan Martapura di Kalimantan Selatan terhadap konsep ma‘rifah tersebut. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggabungkan kaedah kepustakaan dan lapangan. Kaedah pengumpulan data yang digunapakai adalah dokumentasi, sejarah, observasi dan wawancara (temubual), manakala data yang terkumpul dianalisis secara deduktif dan induktif. Kajian mendapati bahawa konsep tauhid Muhammad Nafis al-Banjari selari dengan konsep tauhid menurut pemikiran para ulama terdahulu. Muhammad Nafis al-Banjari mengemukakan dua konsep ma‘rifah iaitu konsep ma‘rifah secara taraqqÊ melalui konsep tauhid al-af‘Él, al-asmÉ’, al-ÎifÉt dan al-DhÉtNya; dan konsep ma‘rifah secara tanazzul melalui konsep tajallÊ wujud dengan konsep ‘martabat tujuh’. Muhammad Nafis al-Banjari telah berjaya menggabungkan aliran tasawuf akhlÉqÊ, ‘amalÊ dan naÐarÊ. Kajian mendapati ramai masyarakat Banjar mempelajari kedua-dua konsep al-ma‘rifah tersebut, namun masyarakat awam kesukaran memahaminya secara benar. Hal ini menyebabkan kesilapan dalam memahami hakikat ma‘rifah tersebut khasnya berkait tawÍÊd al-af‘Él dan NËr MuÍammad dan kekeliruan dalam pelaksanaan ibadah mereka. Justeru, situasi ini telah menyebabkan terjadinya perbalahan antara ulama fekah dan ulama tasawuf di daerah Banjar tersebut. Kajian menyimpulkan bahawa konsep ma‘rifah Muhammad Nafis al-Banjari tidak boleh dipelajari oleh orang awam, namun ia dibolehkan kepada para ulama yang telah pun menguasai ilmu tasawuf secara mendalam. Malah, konsep ma‘rifah menurut beliau ini bukanlah sesuatu yang wajib dipelajari khususnya oleh orang awam kerana ia hanyalah salah satu kefahaman yang boleh dipilih bagi sesiapa atau ulama yang ingin ma‘rifatullÉh iaitu mengenal Allah Ta’ala secara hakiki.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Al-Durr al-Nafis; Al-ma‘rifah concept; Muhammad Nafis al-Banjari; Sufi tradition; Muslim scholars
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Apr 2018 12:17
      Last Modified: 04 Apr 2018 12:20
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7875

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item