Penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya di Malaysia, 1999-2008 / Fatimi Hanafi

Fatimi, Hanafi (2017) Penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya di Malaysia, 1999-2008 / Fatimi Hanafi. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1664Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (5Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini membincangkan mengenai penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya di Malaysia dari tahun 1999 hingga 2008. Secara umumnya, wanita Melayu terlibat dalam politik dan pilihan raya di Malaysia bermula sebelum kemerdekaan. Namun, penglibatan mereka masih ditahap minimum sehingga berlaku peminggiran peranan mereka dalam aspek tersebut. Kajian ini juga melibatkan tiga parti politik iaitu UMNO, PAS dan PKR. Objektif kajian ini ialah mengkaji perkembangan penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya di Malaysia. Kajian ini juga turut membincangkan faktorfaktor penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya di Malaysia. Selain itu, kajian ini turut menjelaskan bentuk-bentuk penglibatan wanita Melayu dalam pilihan raya seperti menjadi pengundi, jentera parti, wakil rakyat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sepanjang tempoh kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah berdasarkan kaedah kualitatif. Kajian perpustakaan digunakan dalam perbincangan tesis ini untuk menganalisis sumber primer seperti laporan, surat persendirian dan juga akhbar. Kaedah temubual juga dijalankan dalam kajian ini. Selain itu, sumber sekunder seperti buku, kertas kerja, artikel, kajian ilmiah digunakan untuk penambahan maklumat dan memantapkan lagi kajian. Dapatan kajian ini mendapati terdapat empat faktor utama penglibatan wanita dalam pilihan raya iaitu amalan demokrasi di Malaysia, hak asasi manusia dasar-dasar agama Islam yang membenarkan penglibatan wanita dalam pilihan raya dan pendidikan. Kajian ini juga mendapati hal ini mewujudkan kepentingan keterlibatan wanita Melayu sebagai pemimpin parti-parti politik, pengundi dan jentera kempen pillihan raya. Kajian ini juga membuktikan peningkatan jumlah pengundi wanita selepas 1999 terutama pengundi muda ekoran peningkatan penggunaan internet menerusi laman sesawang, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang banyak memberi impak kepada pengundi. Dapatan kajian ini membuktikan penubuhan dan kemunculan sayap kiri muda termasuk penyokong, pengundi dan pemimpin-pemimpin wanita muda dalam parti-parti seperti UMNO, PAS dan PKR telah menarik golongan muda untuk terbabit dalam program yang dijalankan oleh parti-parti terbabit. Kajian ini juga membuktikan terdapatnya peningkatan jumlah wanita Melayu yang berjaya menjadi wakil rakyat PAS dan PKR di DUN dan Parlimen Malaysia sepanjang tempoh tersebut, wanita UMNO masih menjadi pilihan rakyat untuk mewakili mereka sebagai wakil rakyat.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Malay woman; Woman and politics; Malaysia; Election candidate
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      J Political Science > JF Political institutions (General)
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 11 Jan 2018 10:21
      Last Modified: 18 Feb 2020 08:00
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7905

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item