Perkembangan institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat, 1966-2006 / Zarina Begam Abdul Kadir

Zarina Begam, Abdul Kadir (2017) Perkembangan institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat, 1966-2006 / Zarina Begam Abdul Kadir. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1667Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (6Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini membincangkan mengenai peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam bidang pendidikan di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1966 sehingga tahun 2006. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, isu pemberian pendidikan kepada golongan Bumiputera khasnya orang Melayu menjadi antara agenda utama Kerajaan Persekutuan dalam usaha pembangunan Malaysia. Walaupun sudah wujud Kementerian Pelajaran sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab secara langsung kepada aspek pendidikan, MARA turut dipertanggungjawabkan untuk memberikan pendidikan kepada Bumiputera. Perkara ini didasari oleh keperluan Kerajaan Persekutuan untuk memberi pendidikan yang bersifat khusus kepada Bumiputera dalam kerangka tindakan afirmatif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan melihat sejauhmanakah penubuhan institusi-institusi pendidikan yang diwujudkan MARA berupaya memberi pendidikan kepada Bumiputera. Kajian ini juga turut melihat perkembangan institusi-institusi pendidikan MARA serta keupayaan institusi-institusi berkenaan memenuhi kehendak semasa negara. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah serta metod tematik-kronologi untuk menilai peranan institusi-institusi pendidikan MARA dalam lapangan pendidikan. Kajian ini menggunakan bahan-bahan daripada Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur merangkumi Minit-minit Mesyuarat, surat menyurat dan terbitan-terbitan rasminya. Kajian juga turut merujuk Fail-fail Kerajaan Persekutuan merangkumi fail Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, bahan-bahan terbitan rasmi kerajaan, suratkhabar dan kaedah temubual turut digunakan. Berdasarkan dapatan kajian, MARA telah memperlihatkan kemampuan dalam memberikan pendidikan kepada Bumiputera. Melalui “sistem dalam sistem”, MARA didapati menggerakkan sistem pendidikannya yang direncana khusus kepada golongan Bumiputera, dalam kerangka sistem pendidikan Malaysia. Penawaran peluang pendidikan MARA kepada Bumiputera merangkumi pelbagai peringkat dan lapangan pendidikan meliputi pendidikan tinggi, kemahiran dan menengah. Jesteru, melalui institusi-institusi pendidikan MARA, MARA telah meningkatkan kedudukan golongan Bumiputera dalam bidang pendidikan sepanjang tempoh 40 tahun penubuhannya.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Majlis Amanah Rakyat (MARA); Educational institution; Education development
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Jan 2018 12:01
      Last Modified: 30 Sep 2020 03:11
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7936

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item