Keberkesanan penggunaan laman web perpustakaan Universiti Malaya di kalangan kakitangan akademik / Norhamimi Othman

Norhamimi , Othman (2002) Keberkesanan penggunaan laman web perpustakaan Universiti Malaya di kalangan kakitangan akademik / Norhamimi Othman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Kepentingan mewujudkan laman web perpustakaan akademik menjadi semakin kritikal dalam memenuhi keperluan maklumat institusi pengajian tinggi abad ini. Justeru itu, suatu kajian telah dijalankan bagi menerangkan pertalian yang wujud di antara pengguna dan paparan laman web. Analisis terhadap kakitangan akademik dijalankan bagi menentukan tahap keberkesanan penggunaan laman web. Kaedah soalselidik digunakan bagi mengenalpasti bagaimana pengguna berinteraksi dengan antaramuka laman web. Berdasarkan 255 borang soalselidik yang diedarkan, 185 responden telah memberi maklumbalas. Hasil daripada mendapati kakitangan akademik Universiti Malaya sememangnya memanfaatkan laman web PUM (Perpustakaan Universiti Malaya). Namun, terdapat beberapa faktor yang menyekat keberkesanan penggunaan. Penemuan juga dikaitkan dengan hasil-hasil daripada penyelidikan terdahulu dan penyelidikan semasa yang berkaitan. Kajian terhadap keberkesanan kepenggunaan ini turut mendedahkan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam strategi pencarian maklumat menerusi laman web. Beberapa aspek laman web turut disentuh secara tidak lansung, antaranya adalah dari aspek terminologi, warna, saiz, lokasi, pautan (links), bantuan, kejelasan dan konsistensi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Library website; Academic library; University of Malaya
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 31 Mar 2018 16:53
    Last Modified: 31 Mar 2018 16:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8408

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item