Aplikasi teori mahjub dalam memperbaiki penyebutan bunyi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sabah / Issraq Ramli

Issraq , Ramli (2017) Aplikasi teori mahjub dalam memperbaiki penyebutan bunyi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sabah / Issraq Ramli. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1266Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (11Mb) | Preview

      Abstract

      Banyak modul sebutan yang ada di pasaran untuk memperkenalkan teknik pembelajaran dan pengajaran sebutan al-Quran al-Karim dan bahasa Arab. Ada yang menggunakan kaedah klasik, moden dan ada yang menggunakan kedua-dua kaedah secara komprehensif. Namun amat sedikit yang kita lihat kaedah yang dapat memperbaiki sebutan dan menumpukkan khusus teknik kepada pelajar bukan Arab. Sering kali diperkatakan tentang masalah sebutan pelajar Sabah tanpa membuat kajian secara terperinci dan ilmiah. Justeru itu kajian ini dibuat untuk melihat masalah sebenar sebutan bahasa Arab pelajar Sabah seterusnya mengaplikasikan teori Mahjub (1993) untuk memperbaiki masalah sebutan bahasa Arab. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah Menengah Kebangsaan di Kota Kinabalu yang responden kajian ialah pelajar sekolah tingkatan empat. Objektif kajian untuk mengenalpasti secara ilmiah permasalahan sebutan dalam kalangan pelajar Sabah dan mengaplikasi kaedah fonetik Mahjub seterusnya melihat keberkesanan modul Mahjub sebagai instrumen terbaik memperbaiki sebutan pelajar Sabah. Kajian kualitatif ini menggunakan huruf-huruf Konsonan yang sukar bagi pelajar asing yang dibuat oleh Mahjub (1993) yang menggunakan modul yang digunakan untuk memperbaiki sebutan Arab pelajar asing. Kajian ini menggunakan tiga langkah yang utama, iaitu rakaman Ujian Pertama (U1) sebagai sebutan bahasa Arab terkini pelajar Sabah, kemudian langkah kedua melaksanakan PdP berdasarkan PdP Mahjub dan langkah yang ketiga membuat rakaman Ujian Kedua (U2) untuk melihat keberhasilan teori Mahjub dalam memperbaiki sebutan pelajar Sabah. Hasil Kajian menunjukkan nilai yang sangat signifikan antara U1 dan U2. Dari sembilan huruf yang diuji itu konsonan ‘Ayn paling baik disebut oleh pelajar dan huruf Dad paling sukar disebut dalam U1. Manakala dalam U2 huruf Ṭa’ paling sukar disebut dan huruf Sad paling mudah disebut. Dalam U1 fathaṯ paling tinggi skor dengan 68.2 berbanding baris sukun yang mempunyai skor paling rendah dengan 33.3. Secara puratanya dalam U1 pelajar atau responden hanya mendapat purata sekitar 55 skor min bagi fathaṯ dan kasraṯ. Namun pada U2 peningkatan masing-masing Dammaṯ dan Kasraṯ mendapat skor yang hampir sama iaitu 77.9 dan 76.9. Data menunjukkan bahawa sukun paling bermasalah kepada responden dalam sebutan. Begitu juga terdapat perubahan yang signifikan dalam ujian kedudukan kasraṯ, ḍammaṯ dan kasraṯ dari U1 kepada U2. Kajian menunjukkan bahawa teori Mahjub ini berhasil memperbaiki masalah sebutan dalam kalangan pelajar dan memberikan satu alternatif untuk diaplikasi dalam PdP pelajar dan membuka ruang penulis lain untuk memanjangkan kajian di masa akan datang.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Mahjub Theory; Arabic pronunciation; The Sabah students; Teaching and learning skills
      Subjects: L Education > L Education (General)
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Jul 2018 06:12
      Last Modified: 10 Jun 2020 02:18
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8451

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item