Politik dan dakwah dalam perjuangan Ikhwan al Muslimin di Mesir, 1970-1981 / Shamsul Azhar Yahya

Shamsul Azhar , Yahya (2018) Politik dan dakwah dalam perjuangan Ikhwan al Muslimin di Mesir, 1970-1981 / Shamsul Azhar Yahya. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1197Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2455Kb) | Preview

      Abstract

      Awal abad ke-20 menyaksikan kelahiran beberapa tokoh islah yang cuba untuk membawa perubahan kepada umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Hassan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 telah memberi impak yang besar kepada Mesir dan persekitarannya. Perkembangan gerakan yang begitu cepat ini amat membimbangkan penjajah dan pemerintah sehingga memaksa mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan pengaruh gerakan ini. Walau bagaimanapun, Ikhwan al-Muslimin masih terus bertahan sehingga hari ini dan memberi impak yang besar apabila menang dalam pilihan raya selepas kejatuhan Hosni Mubarak pada tahun 2012. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh Ikhwan al-Muslimin dalam perkembangan politik dan dakwah di Mesir. Turut disentuh di dalam kajian ini ialah keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh Ikhwan al-Muslimin dan juga menganalisis isu-isu yang diketengahkan oleh mereka sepanjang tempoh tersebut. Pendekatan politik dan dakwah Ikhwan al-Muslimin yang berubah mengikut tuntutan semasa turut meninggalkan kesan kepada pemerintah dan ahli-ahli Ikhwan al-Muslimin sendiri. Kekangan politik dan masalah pemerintahan sedikit sebanyak menyelamat gerakan ini daripada terus ditindas. Skop kajian ini melihat perjuangan Ikhwan al-Muslimin dari tahun 1970-1981 kerana tempoh ini adalah merupakan fasa baru perjuangan mereka selepas berlakunya perubahan kepimpinan selepas kematian Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Metodologi kajian ini adalah bersifat kualitatif yang merujuk fail dan dokumen serta tulisan ahli-ahli Ikhwan al-Muslimin dan kajian ilmiah dan pemikir semasa yang mengikuti perkembangan mereka. Pendekatan temu bual dengan tokoh penting Ikhwan al-Muslimin dan keselamatan Mesir turut dilakukan. Seterusnya kajian ini membuktikan bahawa pemerintah akan menggunakan segala kaedah dan pendekatan untuk mengekalkan kuasa termasuk berkompromi dengan kumpulan Islam yang mereka tindas sebelum ini. Namun sebagai sebuah gerakan Islam, peluang yang terbuka di hadapan mereka digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan dakwah dan meluaskan pengaruh selain bermatlamat untuk menyedarkan umat mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Kajian ini penting kepada gerakan Islam lain untuk menilai semula pendekatan yang perlu diambil dan prinsip yang perlu dipegang apabila berhadapan dengan suasana dan konflik politik semasa. Memandangkan Ikhwan al-Muslimin ini masih lagi hidup dan bergerak namun pengalaman mereka boleh dijadikan panduan kepada semua pihak terutama dalam berhadapan dengan politik pemerintah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Prominent reformists; Hassan al-Banna and Ikhwan alMuslimin; Political and dakwah development; Islamic movements
      Subjects: C Auxiliary Sciences of History > C Auxiliary sciences of history (General)
      J Political Science > JF Political institutions (General)
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 30 Jun 2018 16:01
      Last Modified: 23 Jun 2021 03:31
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8473

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item