Reka bentuk modul latihan perkembangan profesional guru dalam persekitaran pembelajaran maya / Zahri Ramlan

Zahri, Ramlan (2017) Reka bentuk modul latihan perkembangan profesional guru dalam persekitaran pembelajaran maya / Zahri Ramlan. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1263Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (5Mb) | Preview

      Abstract

      Latihan VLE dipilih dalam kajian ini kerana teguran yang telah diberikan oleh Ketua Audit Negara (2013). Kos pembiayaan yang ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Projek 1BestariNet VLE ini adalah tinggi namun impaknya adalah rendah. Objektif utama kajian ini ialah untuk 1). Mengenalpasti masalah dan keperluan latihan VLE sedia ada kepada Penyelaras VLE dan guru, 2). Menghasilkan reka bentuk modul latihan VLE berdasarkan pendapat pakar, 3). Melaksanakan latihan VLE berdasarkan modul latihan Model Perkongsian Mental dan Pengurusan Pengetahuan di sekolah, 4).Membuat penilaian terhadap penggunaan VLE sebelum dan selepas latihan, 5). Membuat penilaian terhadap kualiti kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam site VLE. Reka bentuk penyelidikan ini berdasarkan Design Base Research (DBR). Modul latihan dibangunkan menggunakan dua model iaitu Model Pengurusan Pengetahuan dan Perkongsian Mental. Lima jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Apprisal Tools for Growth and Development Rubric (ATPGDR), Applied Congnitive Task Analysis (ACTA), Quality Matter (QMS), Analisis Log Penggunaan dan Senarai Semak Kualiti Interaktif VLE. Hasil kajian mendapati penglibatan pentadbir sebagai pemimpin instruksional adalah penting semasa sesi latihan untuk memastikan keberkesanannya. Modul latihan yang baik perlu ada penglibatan daripada pakar dalam bidang tersebut. Modul latihan menggunakan pendekatan Model Perkongsian Mental dan Pengetahuan membantu meningkatkan penggunaan VLE di sekolah. Pembinaan laman PdP yang berkualiti dalam site VLE perlu dipertingkatkan oleh guru-guru mata pelajaran teras. Pada masa hadapan pembinaan modul latihan perlu memberikan tumpuan kepada perkongsian mental dan pengetahuan secara kolaboratif antara pentadbir, guru dan murid-murid di sekolah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: VLE training; VLE training module design; Professional development; Teachers; Collaborative knowledge
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      T Technology > T Technology (General)
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Apr 2018 16:26
      Last Modified: 30 Sep 2020 01:44
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8474

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item