Sistem penjanaan soal selidik secara atas talian (SPSSAT) / Nurul Laili Mohamed Yahya

Nurul Laili , Mohamed Yahya (2002) Sistem penjanaan soal selidik secara atas talian (SPSSAT) / Nurul Laili Mohamed Yahya. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Penjanaan Soal Selidik Secara Atas Talian (SPSSAT) ini adalah satu sistem aplikasi yang dapat menjanakan sebarang format dan bentuk soal selidik secara automatik dengan pengoperasiannya dijalankan secara atas talian. Sistem ini juga dapat menjadi satu sistem pemprosesan data dan pengurusan dokumen. Tujuan SPSSAT ini direkabentuk adalah untuk memberikan kemudahan kepada pengguna, penyelidik dan sebarang organisasi tertentu untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan soal selidik. Sistem ini berobjektifkan supaya dapat menjadi satu tapak I platform untuk memudahkan pengguna untuk menghasilkan soal selidik secara atas talian. Ia turut membenarkan pengguna untuk merekabentuk pelbagai pilihan format dan bentuk soal selidik yang dapat · memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Sistem yang dibangunkan ini, menggunakan pendekatan Model Air Terjun Dengan Prototaip yang akan membolehkan pembangunan sistem berjalan dengan lebih lancar dart sistematik lagi. Aplikasi Rekabentuk Antaramuk:a Pengguna (GUI) juga ditekankan kepada sistem kerana SPSSAT merupakan satu sistem aplikasi yang dijalankan secara atas talian. Beberapa perisian dan perkakasan yang terkini telah digunakan untuk pembinaan sistem ini iaitu seperti Macromedia Dreamweaver MX, Microsoft Access 2000 dan lain-lain lagi. Selain daripada itu juga, sistem ini melibatkan rangkaian pe]ayan pelanggan di mana ia menggunakan web server IIS I PWS dan juga pelayar web Internet Explorer I Netscape Navigator. Diharapkan sistem ini dapat membantu pengguna dalarn menjanakan soal selidik dengan lebih cepat, tepat dan efisyen lagi. Selain daripada itu juga, SPSSAT ini turut akan dijangka berupaya dapat rneningkatkan lagi mutu dan produktiviti penyelidikan yang sedang dijalankan oleh seseorang pengguna tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Online questionnaire system; Internet Explorer I; Netscape Navigator; Online application
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Apr 2018 16:56
    Last Modified: 07 Apr 2018 16:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8546

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item