Yong, Lan Siang (1985) Pola-pola sosio-ekonomi dan masalah-masalah pekerja estet (Satu kajian kes di ladang Bukit Karangan, Kulim, Kedah) / Yong Lan Siang. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Penyelidikan ini ialah mengenai keadaan sosio-ekonomi dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja estet.Kajian ini dijalankan di Ladang Bukit Karangan, Kulim, Kedah. Bab I membincangkan tujuan dan bidang kajian di mana kemiskinan dilihat sebagai masalah sosial di kalangan pekerja estet. Metode kajian unthk mengutip data dan kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian juga disebut dalam bab ini. Latarbelakang kawasan kajian diberi dalam Bab II di mana kedudukan tempat kajian, sejarahnya, taburan penduduk dan penempatan disebut secara ringkas. Kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam estet, pertubuhan pertubuhan dan kegiatan ekonomi penduduk estet juga dibincangkan. Seterusnya dalam Bab III, penemuan penemuan kajian dibentang dan dianalisiskan. Beberapa aspek sosioekonomi dibincangkan dengan menggunakan data-data yang didapati dari kajian. Bab IV pula memberi penilaian tentang keadaan sosio-ekonomi dan mengaitkannya dengan masalah masalah yang dihadapi oleh pekerja estet. Sebagai kesimpulan analisis teoritis diberi dan diikuti dengan saranan-saranan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan.
Actions (For repository staff only : Login required)